Khamis, 22 Disember 2011

Bersatulah walaupun berkhilaf

"Islam adalah penyelesaian". Itulah slogan yang dibawa oleh jamaah islamiah  Ikhwanul muslimin Mesir zaman berzaman. Memang tepat sekali slogan tersebut kerana iannya selari dengan tuntutan Allah dalam alQuran iaitu "kalau sekiranya kamu berselisih dalam suatu perkara maka kembalilah kepada Allah (al-Quran) dan Rasulnya (hadis) kalaulah kamu benar2 beriman kepada Allah dan hari akhirat" )Surah an-Nisa' ayat 59.

Di dalam islam semua perkara sama ada daripada sekecil-kecil perkara seperti masuk tandas sehinggalah  sebesar-besar perkara seperti memerintah negara, semua diajar. Sumbernya ialah al-Quran dan Hadis serta ulama-ulama muktabar yang mampu menerokai dengan halus dan teliti apa yang diperkatakan keduanya.

Dalam menangani perselihan umpamanya, islam telah meletakkan asas yang kukuh kepada kita sama ada perselisihan individu atau dalam jamaah. Asas yang dimaksudkan ialah kembali kepada Allah dan rasulnya seperti yang tersebut dalam ayat di atas.

Di antara saranan Allah yang patut kita terima khusus dalam menangani masalah ialah firman Allah " Bermesyuaratlah kamu dalam setiap perkara" (surah Ali Imran, ayat 159). Mesyuarat atau perbincangan secara beradab dengan tidak ada niat yang lain kecuali mencari ridha Allah s.w.t adalah platform terbaik untuk menyelesaikan kemelut yang melanda terutama dalam jamaah islam seperti PAS. 

Pas adalah wadah untuk memperjuangkan islam kerana ianya satu-satunya parti yang ada pada hari ini yang berkonsepkan islam sama ada dasarnya adalah dasar islam dan juga pelaksaannya masih lagi dianggap islamik. Adalah amat malang sekali bila sebuah parti harapan kita, harapan bangsa kita dan harapan agama dan tanahair kita ini mengalami perpecahan dalaman yang agak serius saat ini walhal hakikatnya ia adalah perkara yang remeh temeh dan tidak seharusnya berlaku. 

Ya, isu ini sangat remeh. Ia sepatutnya tak berlaku atau boleh reda dalam masa sehari sahaja namun telah berlarutan kepada minggu dan bulan. 

Pada pengamatan saya isu yang berlaku sebenarnya berkait rapat dengan fikrah pemimpin PAS itu sendiri. saya dapat rumuskan bahawa dalam PAS wujud dua aliran utama yang mana aliran ini muncul ketika awal penubuhan pakatan rakyat dahulu  iaitu Aliran yang bersetuju (digelar erdogan) dan tidak bersetuju dengan penubuhan pakatan rakyat. Yang setuju ada fahamannya yang tersendiri yang mana dapat disimpulkan bahawa mereka tidak rasa islam boleh tergugat melalui gabungan tersebut. bagi mereka walaupun bekerjasama dengan PKR yang liberal dan DAP yang tergolong di kalangan kafir harbi, namun mereka tetap yakin bahawa PAS tidak tergugat kerana mempunyai dasarnya tersendiri yang tak berubah dari dulu lagi yakni dasar islam, yang berubah hanyalah pendekatan yang digunakan supaya tidak nampak terlalu ekstrim di mata bukan islam. 

Manakala kelompok yang kedua pula tidak bersetuju dengan gabungan PKR-PAS-DAP kerana bagi mereka umat islam tidak boleh sama sekali berkompromi dengan kafir harbi, kalau kafir zimmi boleh dipertimbangkan. bagi saya pandangan ini juga ada kebenarannya. walaupun kita (PAS) ada dasar islam yang dipegang sejak dulu, kini dan selamanya, namun yang menjadi persoalannya adakah mereka (PKR dan DAP) boleh tmenerima dasar kita apabila kita berjaya memerintah kelak?. mampukah kita menukar perlembagaan yang sedia ada kepada perlembagan islam? mampukah kita melaksanakan hudud, qisas dan takzir sedangkan inilah yang kita perjuangkan sejak dulu? adakah PKR dan DAP boleh terima semua ini..bagi kelompok yang kedua ini mereka tidak yakin bahawa PAS akan dapat bebas mengamalkan islam dalam pemerintahannya selagi berkongsi kuasa dengan kafir harbi. Bagi mereka kalau tidak dapat melaksanakan dasar apa guna dapat memerintah. Sebab itulah mereka berusaha sedaya mungkin untuk menyatukan Umno dengan PAS walaupun agak sukar berdasarkan pengalaman yang lalu. namun mereka tetap berusaha dengan harapan dapat pertolongan daripada Allah. 

bagi saya kedua-dua pandangan di atas adalah baik belaka. namun bagi mereka yang menyebelahi kelompok pertama dan taksub kepadanya, akan wujud pertentangan yang hebat dengan kelompok yang satu lagi, dan begitulah sebaliknya.. 

berbeza pandangan adalah suatu perkara yang biasa. yang luar biasanya ialah apabila perbezaan tersebut tidak ditangani sehingga boleh mewujudkan perbalahan sesama sendiriyang akhirnya membawa kepada perpecahan. inilah perkara yang melemahkan jemaah islam sebenarnya. sepatutnya kita boleh bekerjasa dalam satu jamaah walaupun memiliki fikrah yang berlainan dengan menggunakan panduan islam yang kita anuti selama ini. bagi saya, mesyuarat adalah sangat diperlukan dalam situasi sebegini untuk meredakan sedikit ketegangan.

adalah sangat tidak islamik apa yang berlaku hari ini dalam jamaah kita. kutuk mengutuk sesama sendiri kerana masing-masing nak jadi juara, yang sama sekali tidak layak dianggap juara bagi orang yang cerdik. wahai Hasan Ali dan ustaz Nasha berhentilah keluarkan kenyataan terbuka demi islam, wahai Mustafa Ali janganlah jadi seperti budak tadika yang penuh emosi, wahai Nik Abduh dan Nasarudin KP janganlah mencemuh rakan dalam jamaah kita yang berbeza fikrah dengan anda..kalaulah masing-masing berhenti bercakap saya yakin masalah ini boleh diselesaikan hari pertama lagi......
sekian.

Isnin, 19 Disember 2011

Remaja, Porno, dan Seks bebas...teruknyee!!!

1. Petang tadi, selepas solat asar saya seperti biasa hidupkan enjin motosikal untuk pulang ke rumah. dalam perjalanan dari Masjid ke rumah saya di Permatang Gading saya tengok sekumpulan remaja sedang melepak-lepak di sebuah rumah tidak berpenghuni disebelah kiri jalan sebelum menempuhi jambatan kubur bukit Abal. Melihat mereka dalam keadaan mengilai berdekah-dekat sambil setiap mata melihat handphone salah seorang mereka saya secara selamba memberhentikan motosikal untuk menyapa mereka. mereka tak terkejut pun sebab ada di situ beberapa orang yang saya biasa bercakap dan bergurau dengannya.


2. Sampai dekat dengan mereka, saya bagi salam, dengan selamba mereka masukkan phone dalam kocek seluar sambil menjawab salam saya. saya duduk sekali berbual dengan mereka beberapa minit, alhamdulillah mereka melayan saya dengan baik, katanya saya ni tok imam sporting, boleh masuk dengan semua orang . Lantaklah dia nak kata apa pun, bagi saya yang pentingnya saya boleh merapatkan hubungan dengan mereka supaya mudah untuk mendekati mereka seterusnya menyampaikan dakwah. Saya sayangkan masa depan mereka yang entah apa akan jadi kalau saya tak ubah mereka dari sekarang.

3. Saya mintak phone tadi kononnya untuk melihat model apa  konon berminat untuk membeli model seumpama itu. mereka enggan bagi. saya pujuk beberapa kali akhirnya dia bersetuju untuk memberi saya tengok. selepas itu apa lagi saya tekan punya tekan akhirnya bertemulah dengan apa yang mereka ketawa sebentar  tadi. beratus-ratus video dan gambar lucah tersimpan di dalam memori handphone. Video seks dalam handphone bukanlah suatu perkara yang mengejutkan saya tetapi apa yang benar-benar mengejutkan saya terdapat  puluhan video aksi seks yang melibatkan remaja belasan tahun berbangsa melayu. ada yang memakai pakaian sekolah, ada yang beraksi di pusat peranginan, entah jeram mana pun tak tau dan macam2 lagi aksi yang menjijikkan yang saya lihat. tak sampai hati untuk saya melihat satu persatu..Ashtaghfirullahal Azim..


4.saya tanya mereka dari mana dapat semua ni. mereka dengan selamba jawab "apa yang peliknya ustaz, semua kawan-kawan saya tengok benda ni dan ada simpan benda ni", "betulkah semua kawan awak ada benda ni?" saya tanya sekali lagi untuk mendapatkan kepastian, mereka jawab "semua kawan-kawan saya ada simpan dan tengok benda ni, yang perempuan pun sama je ustaz". Dengan kesungguhan jawapannya  itu saya bertambah yakin bahawa  ianya suatu benda yang benar2 berlaku.


5. Daripada mereka juga saya diberitahu bahawa untuk mendapatkan "benda jijik" itu sangat mudah, boleh bluetooth dengan kawan2, atau boleh jugak beli di sesetengah kedai telefon/aksesori telepon/topup dengan harga serendah RM2 untuk beratus-ratus klip video. Masya Allah, begitu senangnya nak dapatkan bahan pornografi di bumi bertuah negara islam Malaysia.

6. Seterusnya saya juga buka inbox dan sent item mesej, saya dapati banyak mesej lucah, berunsur seks yang dihantar oleh/kepada pasangannya, mungkin teman wanitanya kot, itu saya tak pasti. Setelah pertanyaan demi pertanyaan saya ajukan kepada mereka akhirnya mereka membuka rahsia yang saya tak pernah tahu sebelum ini bahawa ada pelajar sekolahnya (nama sekolah tak nak sebut, sekitar pasir puteh ni jer) seawal tingkatan dua sudah mencuba aktiviti seks dengan teman/buah hati  masing-masing tetapi yang ramainya tingkatan empat dan lima...sekali lagi saya mengucap panjang mendengar penjelasan tersebut. Akhirnya,saya tinggalkan mereka dengan beberapa nasihat dan pesanan. Semoga mereka dapat menerima nasihat saya itu  walaupun tidak sepenuhnya...

7. Melihat kepada gejala sosial yang berlaku dewasa ini, saya telah menganggapnya sudah berada pada tahap yang kritikal. bagi saya semua pihak mesti berganding bahu mengambil peranan untuk membendung masalah ini daripada terus menjadi barah kepada generasi muda hari ini. Peranan utamanya adalah di pihak KERAJAAN/PEMERINYAH, sepatutnya kerajaan kena berusaha supaya hukum islam (hudud) dapat dilaksanakan dengan seberapa segera di samping memberi didikan agama yang secukupnya  merangkumi aspek Akidah, Ibadah, dan akhlak dengan mentransformasikan kurikulum yang sedia ada di sekolah-sekolah...itu lah harapan saya demi melihat anak bangsa kita beragama, bertamadun dan produktif..

sekian wassalam

Ahad, 18 Disember 2011

Politik - Masjid dan Pendekatan

1. Politik mengikut perspektif islam ialah suatu proses mengatur urusan kehidupan ummah berdasarkan hukum-hukum syarak.

2. Biasanya orang awam melihat politik dalam sudut kepartian semata-mata yang mengisyaratkan kepada perlawanan, pertentangan atau perbalahan antara dua atau lebih kelompok puak/parti.

3.  Pemahaman dangkal inilah yang menyebabkan apabila subjek politik diajar dimasjid ia akan ditentang habis-habisan oleh golongan yang antinya atau golongan yang berbeza aliran politik dengan orang yang mengajar tersebut.

4. Justeru, pentazkirah atau penceramah tersebut akan didakwa oleh segelintir masyarakat terutama orang yang berkepentingan sebagai orang yang "mempolitikkan masjid" atau "mempolitikkan agama" walhal ia bibahaskan dalam konteks islam tanpa menyebut Umno/ Pas atau sebagainya.

5. Berdasarkan pemerhatian, persoalan mempolitikkan masjid sebenarnya tidak wujud. kalau adapun ia hanyalah dalam jumlah yang sangat sedikit. Apa yang berlaku sebenarnya adalah dakwaan puak-puak sekular yang berniat untuk menghalang penceramah daripada memberi kefahaman politik islam yang sebenarnya kerana dikhuatiri akan menjejakan sokongan kepada mereka. lalu fahaman ini tanpa disedari telah menyusup masuk ke dalam benak orang2 kampung yang tidak mempunyai asas agama yang kukuh disebabkan oleh kekerapan disebut terutama oleh media-media arus perdana.

6. Dalam mendepani cabaran ini, si pendakwah seharusnya memiliki hikmah yang tinggi dalam menggunakan segala platform yang ada, terutama masjid untuk cuba mengeluarkan sedaya upaya umat yang masih berada dalam kegelapan (tanpa ilmu) ini kepada cahaya (ilmu dan petunjuk).

7. Antara bentuk hikmah yang dicadangkan (berdasarkan pengalaman saya) ialah apabila anda mengajar atau memberi kuliah di masjid-masjid atau di surau-surau, jangan terlalu keras terutama dalam mneyentuh persoalan politik atau mengislam politik, jangan sesekali menggunakan kata-kata yang kesat seperti penceramah-penceramah  politik, dan sokong setiap hujah yang anda ketengahkan dengan nas al-quran, hadis atau kata-kata ulama muktabar supaya tidak dilihat anda menggunakan akal atau pendapat anda dalam mempertahankan sesuatu..

8. Antara sebab mengapa jamaah lari dari masjid yang anda kuasai ialah kerana faktor di atas tadi. ini berdasarkan pengalaman saya. dulu (sekitar tahun 2006) saya aktif berpolitik dan saya gunakan masjid sebagai tempat untuk memperbaiki kefahaman politik tetapi dengan cara saya seolah-olah menjadikannya  sebagai pentas politik. maksudnya, saya membenarkan orang politik memberi ucapan dalam masjid termasuk wakil rakyat, penceramah agama yang memasuki pentas politik dan lain-lain yang sudah dicop atau dikenali umum sebagai orang politik. saya dapat merasakan ahli jemaah semakin berkurangan walaupun aktiviti masjid tidak putus-putus dilaksanakan.Bagi saya ia adalah satu kesilapan besar dalam kita mendidik masyarakat kerana ia disalahertikan.

9. kini setelah saya mengubah pendekatan dan banyak bersahabat dengan orang Umno(untuk tujuan dakwah) dan saya mengkritik Umno dengan cara yang lebih lunak tanpa menyebut atau mencerca individu, saya dapat rasa suatu perubahan besar berlaku. Kuliah-kuliah saya mula diterima oleh pelbagai lapisan, sama ada kanak-kanak, penyokong Umno, pas dan atas pagar. Saya bukanlah pakar atau orang yang mempunyai kemahiran dalam ceramah, tazkirah atau kuliah. saya tidak pandai memberi kuliah seperti pengkuliah2 yang lain yang mampu menghiburkan dan mencuit hati pendengar.Hanya sekadar membaca kitab dan menghuraikan sedikit sebanyak kepada ahli jemaah dengan cara ala-ala pondok. Namun saya yakin bahawa saya mampu mencorakkan minda masyarakat melalui pendekatan yang saya gunakan ini melihat kepada kesannya..


10. Bagi saya, apabila ilmu agama yang lengkap dan menyeluruh dapat difahami oleh masyarakat islam, ia sedikit sebanyak akan mengubah cara berfikir dan seterusnya dapat membuat penilaian yang baik dalam menentukan parti mana yang ingin dipilih. tentunya mereka akan memilih parti islam jika mereka mempunyai asas agama walaupun tidak banyak.






Selasa, 11 Oktober 2011

RUGINYA BERIBADAT TANPA ILMU

Masyarakat  Malaysia secara amnya masih lagi kurang kefahaman tentang agama. Walaupun mereka sedari kecil telah mengenal islam melalui ayah bonda dan nenek moyang mereka tetapi kefahaman islam tidak banyak diterapkan ke dalam diri mereka terutama semasa kecil.

Akibat daripada tidak itu masyakat islam kita cuba menjadikan akal sebagai pemutus dalam setiap perkara yang berkaitan dengan kehidupan hatta persoalan hukum hakam agama juga turut diputuskan oleh akal mereka yang dangkal itu.

Kalau kita perhatikan dalam aspek ibadah misalnya, kita dapati majoriti masyarakat islam kita khususnya masyarakat  melayu , melaksanakan ibadah secara ikut-ikutan sahaja tanpa berusaha untuk mempelajari ilmu-ilmu yang berkaitan secara lebih serius. Sebagai contoh, ibadah solat yang dilakukan, berapa ramai kita perhatikan masyarakat kita yang melakukannya dengan betul? Kita dapati ramai dikalangan mereka yang melakukan perkara-perkara yang membatalkan solat dengan sengaja, seperti pergerakan anggota kasar yang berlebihan, tidak cukup kadar tomakninah, sebahagian anggota sujud tidak mencecah lantai dan lain-lain lagi perkara yang membatalkan solat.

Fenomina ini sangat membimbangkan kita umat islam. Apa guna kita bersusah payah laksanakan ibadat kalau ianya batal. Tentu tidak diterima oleh Allah s.w.t. .Satu kisah yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra, satu ketika nabi saw berada di penjuru masjid, tiba-tiba datang seorang lelaki solat tidak jauh dari tempat duduk nabi saw. Setelah selesai solatnya,  Nabi saw terus menemuinya dan bersabda “ ulangkan semula solat mu itu, sesungguhnya kamu tidak solat, lelaki tersebut agak kehairanan (kerana dia telah melakukan solat tetapi dikatakan tidak bersolat) tanpa berlengah dia mengulangi kembali solatnya, setelah selesai, sekali lagi nabi saw menegur dengan teguran yang sama hingga sampailah kali yang ketiga maka lelaki itu meminta diajarkan solat yang betul kepadanya maka nabi pun mengajarnya kaifiat solat. (rujuk Sahih Bukhari, Hadis Nombor 6667).

Hadis di atas dengan jelas menunjukkan bahawa tidak ada guna kalau melakukan solat tanpa mengikut panduan yang telah  digariskan oleh syarak. Nabi juga bersabda “ sembahyanglah kamu seperti mana kamu lihat (mengetahui daripada ulama) aku sembahnyang. (hadis riwayat Bukhari). Ini menunjukkan bahawa solat atau apa sahaja ibadat hendaklah menurut apa yang diajar oleh nabi saw bukannya dengan mengikut akal dan keinginan hawa nafsu.

Marilah sama-sama kita memepelajari ilmu agama secara mendalam untuk memastikan ibdah kita tidak sia-sia. Kita tidak mahu di akhirat kelak  bila kita dihadapkan ke mahkamah Allah saw  kita diazab kerana beribadat tanpa ilmu. Sebab itulah rasulullah bersabda “menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas umat islam”

‘TUNTUTLAH ILMU DARI BUAIAN HINGGA KE LIANG LAHAD”

Jumaat, 7 Oktober 2011

Bila sijahil berbicara tentang hukum agama


Rasa marah, sakit hati dan sedih yang teramat sangat bila mengenangkan hukum Allah swt dipersendakan oleh pihak yang mengaku bergama islam. Kalau perkara ni berlaku kepada orang kafir , tak dak la jadi masalah sebab dia memang kafir,tak tau pasal islam.  tapi bila orang yang mengaku islam turut mempersendakan islam, inilah bala bencana yang besar telah berlaku dalam negara yang semua pihak wajar memainkan peranan masing-masing. 
Apa yang nak disebutkan di sini ialah pasal apa yang berlaku pada rabu, 05 oktober lalu yang tersiar dalam akhbar sinar harian dalam ruangan hiburan. Kisahnya bermula apabila wartawan hiburan bertanyakan soalan kepada beberapa orang artis tanah air yang terkenal. Soalannya berbunyi “hudud wajarkah atau tidak?” maka macam-macamlah jawapan yang bodoh diberikan oleh artis-artis tersebut. Ada pandangan yang agak ekstrem macam Enot, ada yang pertengahan dan ada yang kurang ekstrem.
Kesimpulannya boleh diberikan daripada pandangan mereka seperti berikut:
1.       Artis malaysia tak tau apa pasal agama
2.       Mereka semua menentang hukuman hudud
3.       Persepsi mereka tentang hudud adalah hudud sangat zalim, kerat tangan orang tak tentu pasal.
4.       Hudud tak boleh dilaksanakan di malaysia kerana mempunyai masyarakat berbilang kaum. negara arab takpe plak.
5.       Pelaksanaan hudud terdapat  kesan negatif.
6.       Mereka semua tak yakin dengan undang-undang ciptaan Allah s.w.t. (boleh juga nak kata tak yakin kepada Allah)
Disini jelas kita dapat tengok bahawa artis kita pada hari ini majoritinya tak tau apa pasal islam. Inilah yang amat membimbangkan kita kerana mereka semua adalah ikon kepada anak-anak muda kita. Rosak mereka maka rosak juga la anak-anak muda remaja kita. Kini anak muda kita telah banyak dirosakkan oleh para artis. antaranya cara berpakaian yang menjolok mata, couple laki perempuan, cara dan nada percakapan dan banyak lagi  yang anak muda kita tiru mereka. Pendek kata, apa yang artis buat anak kita juga turut nak buat sama.
Berbalik soal hudud tadi, saya tak nak salahkan artis 100%, wartawan juga patut dipersalahkan. Ada ke patut perkara agama bertanya kepada orang yang bukan ahlinya. Nak tanya pasal masalah kereta pergi tanya budak2 sekolah yang baru belajar nak pegang pensel. Patut ke? Kan quran dah kata “ tanya lah orang yang tahu kalau kamu tak tau” surah an-nahl ayat 43.
Nabi juga pernah bersabda “ apabila suatu perkara diserahkan kepada yang bukan ahlinya maka tunggulah kiamat” yakni tunggulah saat-saat kehancuran. Hadis riwayat bukhari.
Negara kita ni dah sampai tahap yang parah. Banyak masalah sosial berlaku. Zina dah berlaku secara terang terangan. Pembunuhan berlaku tiap-tiap hari, meragut, mencuri, menyamun...macam-macam ada. Persoalannya..Sampai bila kita harus begini???...so kepada pihak atasan, laksanakanlah hukum hudud dengan segera sebelum negara lebih parah lagi. Kalau hudud terlaksana pasti masalah soasial tersebut dapat dibendung kerana hudud adalah undang2 Allah. Tentu Allah selaku pencipta manusia lebih tau apa hukum yang terbaik untuk manusia sebagai langkah pencegahan. Kalau kita islam tak payah la duk guna otak pikir undang2 tu undang2 ni dalam perkara yang telah ditetapkan oleh Allah.
Satu lagi, kepada pihak atasan,  berilah pendidikan agama yang secukupnya (merangkumi akidah, ibadah dan akhlak) kepada rakyat-rakyat di bawah ni KERANA ANDA BERTANGGUNGJAWAB DI HADAPAN ALLAH. Kerajaan patut mengkaji semula kurikulum  di sekolah hari ini kerana ia tidak mampu membentuk akhlah para pelajar dan tak mampu melahirkan pelajar yang beriman dan beramal soleh...
 sekian




Sabtu, 20 Ogos 2011

SELAMAT DATANG 10 AKHIR RAMADHAN


Saat yang kita nanti-nati kan kini telah pun tiba. Sekarang  kita sedang berada pada  sepuluh akhir  bulan ramadhan. Ada apa dengan sepuluh akhir ramadhan? Jawabnya, ada sesuatu yang besar menanti kita umat nabi Muhammad S.A.W. Iaitu malam lailatul qadar yang disebut oleh Allah S.W.T.“malam alqadar itu lebih baik daripada seribu bulan” seribu bulan mengikut perkiraan tahun ialah 83 tahun 4 bulan.Wah!!! Hebatnya malam qadar. Satu malam kita beramal lebih baik daripada kita beramal 83 tahun lebih.
Menyedari betapa besarnya kelebihan malam alqadar itu, Nabi S.A.W bersabda  “carilah lailatul qadar itu pada sepuluh malam terakhir bulan ramadhan”.  Ini bermakna lalitul qadar itu hanya terdapat pada malam 10 terakhir ramadhan sahaja.banyak lagi hadis lain yang menyokong hadis ini.
Namun begitu, terdapat banyak pandangan ulama tentang tarikh berlakunya malam alqadar. Setengah pendapat mengatakan ia berlaku pada malam yang ganjil kerana nabi pernah menyebut demikan. Setengah pendapat lagi mengatakan ianya berlaku hanya pada malam 27 ramadhan kerana nabi juga pernah mengatakan demikian  ketika menjawab pertanyaan  seorang sahabatnya. 
Usahlah kita mencari-cari tarikh bila tibanya lalatul qadar kerana alangkah ruginya sekiranya tarikh yang disangkakan lailatulqadar itu tidak berlaku sebagaimana yang disangka. Apa yang penting, pada 10 terakhir ramadhan kita giatkan beribadat  mengatasi malam-malam  yang lain.
           Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah R.A bahawa Rasulullah s.a.w. apabila tiba 10 hari terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan ahli keluarganya dan menjauhi isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan: " Rasulullah s.a.w. berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam yang lain. "
              Pada malam tersebut  juga kita digalakkan berdoa dengan doa yang diajarkan oleh Nabi S.A.W kepada Sayidatina Aishah R.A. Suatu hari Aisyah R.A. Bertanya kepada Rasulullah S.A.W., "wahai Rasulullah S.A.W. Andainya aku mendapati malam lailatul-qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah S.A.W. bersabda berdoa dengan doa:
اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني
 (Allahumma Innaka Afuwwun Tuhibbul Afwa Fa’fu Anni)

Maksudnya:" Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah keampunan-Mu untukku"

Selamat beramal
Sekian.

Khamis, 18 Ogos 2011

ZAKAT FITRAH

1. Zakat fitrah adalah zakat diri yang diwajibkan hanya setahun sekali atas semua umat islam.

2. Wajib dikenakan kepada orang yang sempat berada dalam dua bahagian waktu dalam tahun tersebut iaitu akhir ramadhan (sebelum maghrib 30 ramadhan) dan awal syawal (selepas maghrib hari tersebut). Jadi, anak yang lahir pada 30 ramadhan sebelum maghrib diwajibkan zakat. Manakala anak yang dilahirkan selepas maghrib hari tersebut tidak dikenakan zakat. Orang yang meninggal dunia sebelum maghrib hari tersebut pula tidak dikenakan zakat, manakala orang yang meninggal dunia selepas maghrib wajib zakat.

3. Wajib atas setiap muslim mengeluarkan segantang makanan asasi (beras) bermula 1 ramadhan dan berakhir sebelum tergelincir matahari hari raya pertama.

4. Orang yang menaggung nafkah, wajib mengeluarkan zakat untuk orang yang ditanggungnya. Jadi, suami wajib mengeluarkan fitrah untuk isteri dan anak-anaknya yang belum baligh. Manakala anak yang sudah baligh wajib mengeluarkan zakatnya sendiri. Jika bapa ingin meluarkan zakat bagi pihak si anaknya yang sudah baligh, maka dia wajib terlebih dahulu meminta izin. Kalau tidak zakatnya tidak sah.

5. Kekeliruan yang timbul hari ini ialah bapa wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk anak-anaknya “selagi belum berkahwin”. Pandangan ini salah. Yang betulnya “selagi belum baligh”.

6. Namun begitu, bagi anak-anak yang sudah baligh tetapi bersibuk-sibuk dengan menuntut ilmu agama (untuk mempelajari ilmu fardhu ain) sehingga tidak sempat mencari nafkah untuk dirinya, nafkahnya ditanggung oleh si penjaganya. Begitu juga orang gila ditanggung oleh penjaganya.jadi, zakat fitrah untuk kedua-dua golongan ini juga wajib ditunaikan oleh penjaganya tanpa perlu meminta izin.

Wallahu a’lam.

KITA BERJUANG UNTUK AGAMA ATAU POLITIK?

1. Perjuangan adalah satu tuntutan. Berjuang untuk hidup aman dan selesa, berjuang untuk nampak hebat di mata manusia, berjuang untuk menjadi juara dalam masyarakat, berjuang untuk politik, agama dan sebagainya. Namun perjuangan yang direstui Allah hanyalah satu iaitu perjuangan yang disebut sebagai perjuangan “fi sabilillah” yakni perjuangan untuk meninggikan kalimah (agama) Allah. Ini termasuklah perjuangan menuntut ilmu agama, menegakkan negara islam, mengeluarkan manusia daripada kegelapan jahiliah menuju kepada cahaya islam, perjuangan dalam menyuruh kebaikan dan mencegah kemungkaran dan bermacam-macam lagi perjuangan.

2. Dalam politik juga ada perjuangan. Bahkan perjuangan dalam politik dilihat sangat hebat bagi sesetengah pendokong politik berbanding perjuangan lain. Namun mesti diingat, andainya perjuangan dalam politik adalah perjuangan berteraskan islam demi menegakkan syiar islam, maka itulah perjuangan yang paling agung yang pernah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. sepanjang kehidupan baginda.

3. Di malaysia kita ada sebuah parti politik islam. Parti ini telah diberi amanah oleh rakyat untuk membawa islam hingga ke tahap dapat memerintah negara. Jika hari ini agama islam hanya digunapakai dalam beberapa aspek yang berbentuk ritual atau ibadat sahaja dan ditinggalkan dalam sebahagian perkara besar yang lain, diharapkan dengan kewujudan parti ini mampu mengembalikan semuala zaman kegemilangan islam yang pernah dirasai oleh umat islam di zaman pererintahan Rasulullah s.a.w. para sahabat dan tabiin.

4. Jika melihat kepada matlamat parti islam ini, kita khususnya golongan agamawan merasa sangat lega kerana kita telah memiliki sebuah parti islam yang menjadi platform untuk kita memperjuangkan islam secara menyeluruh.

5. Namun kelegaan kita itu kembali pudar sehari demi sehari dek pemimpin parti yang diharapkan ini, sedikit demi sedikit sudah cuba untuk memisahkan agama daripada politik. Keriasauan mula bertapak dalam benak agamawan dewasa ini kerana banyak perkara agama sudah mula diketepikan kerana hanya ingin menjaga kepentingan politik. Politik seolah-olah diletakkan di atas manakala agama diletakkan di kedudukan yang kedua.

6. Persoalan yang ingin saya timbulkan disini ialah apakah maksud sebenar politik islam yang disebut sebagai siasah syar’iah? Adakah politik islam itu bermakna kita mengambil islam itu menurut kesesuaian politik atau mengubahsuai politik supaya menurut acuan islam?

7. Isu terbaru yang masih lagi hangat di media masa sudah cukup membuktikan betapa politik islam Negara kita ini meletakkan politik mengatasi islam. Isu pemantauan (bukan serbuan) JAIS ke atas sebuah gereja di Selangor baru-baru ini yang cuba memurtadkan seramai 12 orang umat islam telah mengundang pelbagai persepsi di kalangan peminpin politik islam kita. Amat malang sekali terdapat dikalangan pemimpin politik islam kita yang boleh dianggap berpengaruh menyakatakan kekesalan terhadap tindakan JAIS itu sehingga ada yang menghina, ada yang mengatakan tindakan jais tidak beretika tanpa usul periksa, ada yang mengatakan tindakan JAIS itu boleh mengeruhkan hubungan antara agama di Negara ini. Amatlah bodoh perkataan yang terbit daripada lidah-lidah pemimpin politik islam dewasa ini. Manakala pemimpin atasan yang lain hanya membisu yang boleh kita sebut sebagai “syaitan bisu” (meminjam perkataan yang pernah digunakan oleh presiden parti suatu ketika dahulu).

8. Dahulu kita juga pernah digegarkan oleh satu isu penguatkuasaan pengharaman arak oleh JAIS. Isu ini juga mengundang persepsi yang pelbagai dikalangan pimimpim parti hampir sama dengan apa yang berlaku sekarang ini.

9. Anehnya, Dalam politik islam di Malaysia ini, golongan yang benar-benar memperjuangkan islam seperti Dato Dr Hasan Ali yang sangat dikagumi keberaniaannya telah mendapat tekanan yang maha hebat saban hari sehingga dahulu pernah dilucutkan satu jawatan pentingnya dalam parti hanya semata-mata menegakkan yang makruf dan mencegah kemungkaran.

10. Bermuhasabahlah wahai pemimpin politik islam sebelum anda pergi mengahdap ilahi. Insan yang kerdil lagi hina ini hanya mengharapkan satu sahaja daripada anda iaitu anda mengembalikan kegemilangan islam dalam pentadbiran sebagaimana yang pernah dilakukan oleh khalifah-khalifah islam yang silam. Janganlah anda menggadai maruah islam hanya semata-mata untuk mendapat sokongan rakan kongsi anda yang kafir laknatullah.

Wallahu a’lam.

Isnin, 16 Mei 2011

SELAMAT HARI GURU

1. Selamat Hari guru buat semua guru2 di Malaysia,terutama rakan-rakan yang mengenali diri ini..

2. Ketahuilah, tugas seorang guru adalah menyambung kerja Rasululluh saw untuk megeluarkan manusia dari kegelapan kufur kepada cahaya islam.

3. Rasulullah bersabda " اني بعثت معلما" (aku diutuskan sebagai seorang guru)

4. ٌRasulullah saw juga bersabda " وإنّ العلماء ورثة الأنبياء ، إنّ الأنبياء لم يورّثواديناراً ولا درهماً ولكن ورّثوا العلم" (sesungguhnya ulama adalah pewaris para nabi, sesungguhnya nabi tidak mewariskan dinar dan dirham tetapi mewariskan ilmu pengetahuan)

5. walau apa pun subjek yang diajar disekolah, guru mesti mencari peluang dengan menyelitkan nilai2 murni dan kefahaman islam yang mendalam kepada pelajar terutama masalah akidah.

6. ingatlah !! guru akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah nanti sekiranya anak didiknya tidak memahami agama dan guru tidak cuba menerapkan kefahaman agama..

SELAMAT HARI GURU

sekian

Sabtu, 14 Mei 2011

Mengenali Ahli Sunnah Wal-Jamaah

1. Ahli sunnah wal jamaah adalah satu-satunya mazhab yang betul dalam akidah. Sesiapa yang menyalahi akidah ini bukanlah dianggap seorang muslim.

2. Erti Ahli Sunnah ialah orang yang mengikut sunnah nabi s.a.w.. manakalah erti JAMAAH pula sekumpulan sahabat nabi..jadi, Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah akidah nabi s.a.w dan para sahabatnya.

3. Imam Abu Hasan Al-Asy'ari (meninggal- 324 hijrah) dan Imam Abu Mansur Al-Maturidi (meninggal- 333 hijrH) adalah pengasas mazhab ahli sunnah wal-jamaah.

4. Ini bukan bermakna kedua2 imam tersebut telah mencipta mazhab baru, tetapi ia menyambung perjuangan akidah Rasulullah dan para sahabat dengan meletakkan asas-asas dan kaedah-kaedah yang tertentu untuk mengelakkan daripada berlaku salah faham atau salah tafsiran dalam memahami akidah yang dibawa oleh Rasulullah dan para sahabat

5. Kata Imam az-Zabidi " APABILA DISEBUT SAHAJA AHLU SUNNAH WAL- JAMA'AH, MAKA MAKSUDNYA IALAH AJARAN YANG DIBAWA ASYA'IRAH DAN MATURIDIYYAH".. (Rujuk kitab Ittihaf Sadat al-Muttaqin, Syarah ihya ulumiddin, jilid pertama muka surat 6)

6. Kalau ada golongan yang wujud hari ini menyalahi dengan akidah Asya'irah atau Maturidiah, ketahuilah bahawa mereka adalah golongan sesat lagi menyesatkan. ini kerana ulama-ulama silam khususnya imam yang agung seperti Imam syafie, imam hanafi, Imam maliki dan imam hambali dan lain-lain berpegang kepada mazhab ini dalam akidah mereka..

sekian....

Khamis, 12 Mei 2011

ZAKAT WANG SIMPANAN KWSP

1. Wang simpanan KWSP wajib dikeluarkan zakat sekiranya cukup nisab dan sampai haul (setahun tahun qamariah).

2. Kadar yang wajid dikeluarkan ialah 2.5% sahaja.

3. tidak timbul soal " MILIK TIDAK SEMPURNA" kerana orang lain tidak ada hak ke atas wang simpanan KWSP kita...

thanks....

Pengikut

Mengenai Saya

Foto saya
Dilahirkan di kg. Permatang Rambai, Pasir Puteh. Anak kedua daripada empat orang adik beradik. Kini bertugas sebagai imam tua di Masji Ubudiyyah Permatang Sungkai, pasir Puteh..