1. Petang tadi, selepas solat asar saya seperti biasa hidupkan enjin motosikal untuk pulang ke rumah. dalam perjalanan dari Masjid ke rumah saya di Permatang Gading saya tengok sekumpulan remaja sedang melepak-lepak di sebuah rumah tidak berpenghuni disebelah kiri jalan sebelum menempuhi jambatan kubur bukit Abal. Melihat mereka dalam keadaan mengilai berdekah-dekat sambil setiap mata melihat handphone salah seorang mereka saya secara selamba memberhentikan motosikal untuk menyapa mereka. mereka tak terkejut pun sebab ada di situ beberapa orang yang saya biasa bercakap dan bergurau dengannya.
2. Sampai dekat dengan mereka, saya bagi salam, dengan selamba mereka masukkan phone dalam kocek seluar sambil menjawab salam saya. saya duduk sekali berbual dengan mereka beberapa minit, alhamdulillah mereka melayan saya dengan baik, katanya saya ni tok imam sporting, boleh masuk dengan semua orang . Lantaklah dia nak kata apa pun, bagi saya yang pentingnya saya boleh merapatkan hubungan dengan mereka supaya mudah untuk mendekati mereka seterusnya menyampaikan dakwah. Saya sayangkan masa depan mereka yang entah apa akan jadi kalau saya tak ubah mereka dari sekarang.
3. Saya mintak phone tadi kononnya untuk melihat model apa konon berminat untuk membeli model seumpama itu. mereka enggan bagi. saya pujuk beberapa kali akhirnya dia bersetuju untuk memberi saya tengok. selepas itu apa lagi saya tekan punya tekan akhirnya bertemulah dengan apa yang mereka ketawa sebentar tadi. beratus-ratus video dan gambar lucah tersimpan di dalam memori handphone. Video seks dalam handphone bukanlah suatu perkara yang mengejutkan saya tetapi apa yang benar-benar mengejutkan saya terdapat puluhan video aksi seks yang melibatkan remaja belasan tahun berbangsa melayu. ada yang memakai pakaian sekolah, ada yang beraksi di pusat peranginan, entah jeram mana pun tak tau dan macam2 lagi aksi yang menjijikkan yang saya lihat. tak sampai hati untuk saya melihat satu persatu..Ashtaghfirullahal Azim..
4.saya tanya mereka dari mana dapat semua ni. mereka dengan selamba jawab "apa yang peliknya ustaz, semua kawan-kawan saya tengok benda ni dan ada simpan benda ni", "betulkah semua kawan awak ada benda ni?" saya tanya sekali lagi untuk mendapatkan kepastian, mereka jawab "semua kawan-kawan saya ada simpan dan tengok benda ni, yang perempuan pun sama je ustaz". Dengan kesungguhan jawapannya itu saya bertambah yakin bahawa ianya suatu benda yang benar2 berlaku.
5. Daripada mereka juga saya diberitahu bahawa untuk mendapatkan "benda jijik" itu sangat mudah, boleh bluetooth dengan kawan2, atau boleh jugak beli di sesetengah kedai telefon/aksesori telepon/topup dengan harga serendah RM2 untuk beratus-ratus klip video. Masya Allah, begitu senangnya nak dapatkan bahan pornografi di bumi bertuah negara islam Malaysia.
6. Seterusnya saya juga buka inbox dan sent item mesej, saya dapati banyak mesej lucah, berunsur seks yang dihantar oleh/kepada pasangannya, mungkin teman wanitanya kot, itu saya tak pasti. Setelah pertanyaan demi pertanyaan saya ajukan kepada mereka akhirnya mereka membuka rahsia yang saya tak pernah tahu sebelum ini bahawa ada pelajar sekolahnya (nama sekolah tak nak sebut, sekitar pasir puteh ni jer) seawal tingkatan dua sudah mencuba aktiviti seks dengan teman/buah hati masing-masing tetapi yang ramainya tingkatan empat dan lima...sekali lagi saya mengucap panjang mendengar penjelasan tersebut. Akhirnya,saya tinggalkan mereka dengan beberapa nasihat dan pesanan. Semoga mereka dapat menerima nasihat saya itu walaupun tidak sepenuhnya...
7. Melihat kepada gejala sosial yang berlaku dewasa ini, saya telah menganggapnya sudah berada pada tahap yang kritikal. bagi saya semua pihak mesti berganding bahu mengambil peranan untuk membendung masalah ini daripada terus menjadi barah kepada generasi muda hari ini. Peranan utamanya adalah di pihak KERAJAAN/PEMERINYAH, sepatutnya kerajaan kena berusaha supaya hukum islam (hudud) dapat dilaksanakan dengan seberapa segera di samping memberi didikan agama yang secukupnya merangkumi aspek Akidah, Ibadah, dan akhlak dengan mentransformasikan kurikulum yang sedia ada di sekolah-sekolah...itu lah harapan saya demi melihat anak bangsa kita beragama, bertamadun dan produktif..
sekian wassalam

Tiada ulasan:
Catat Ulasan