Khamis, 18 Ogos 2011

ZAKAT FITRAH

1. Zakat fitrah adalah zakat diri yang diwajibkan hanya setahun sekali atas semua umat islam.

2. Wajib dikenakan kepada orang yang sempat berada dalam dua bahagian waktu dalam tahun tersebut iaitu akhir ramadhan (sebelum maghrib 30 ramadhan) dan awal syawal (selepas maghrib hari tersebut). Jadi, anak yang lahir pada 30 ramadhan sebelum maghrib diwajibkan zakat. Manakala anak yang dilahirkan selepas maghrib hari tersebut tidak dikenakan zakat. Orang yang meninggal dunia sebelum maghrib hari tersebut pula tidak dikenakan zakat, manakala orang yang meninggal dunia selepas maghrib wajib zakat.

3. Wajib atas setiap muslim mengeluarkan segantang makanan asasi (beras) bermula 1 ramadhan dan berakhir sebelum tergelincir matahari hari raya pertama.

4. Orang yang menaggung nafkah, wajib mengeluarkan zakat untuk orang yang ditanggungnya. Jadi, suami wajib mengeluarkan fitrah untuk isteri dan anak-anaknya yang belum baligh. Manakala anak yang sudah baligh wajib mengeluarkan zakatnya sendiri. Jika bapa ingin meluarkan zakat bagi pihak si anaknya yang sudah baligh, maka dia wajib terlebih dahulu meminta izin. Kalau tidak zakatnya tidak sah.

5. Kekeliruan yang timbul hari ini ialah bapa wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk anak-anaknya “selagi belum berkahwin”. Pandangan ini salah. Yang betulnya “selagi belum baligh”.

6. Namun begitu, bagi anak-anak yang sudah baligh tetapi bersibuk-sibuk dengan menuntut ilmu agama (untuk mempelajari ilmu fardhu ain) sehingga tidak sempat mencari nafkah untuk dirinya, nafkahnya ditanggung oleh si penjaganya. Begitu juga orang gila ditanggung oleh penjaganya.jadi, zakat fitrah untuk kedua-dua golongan ini juga wajib ditunaikan oleh penjaganya tanpa perlu meminta izin.

Wallahu a’lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengikut

Mengenai Saya

Foto saya
Dilahirkan di kg. Permatang Rambai, Pasir Puteh. Anak kedua daripada empat orang adik beradik. Kini bertugas sebagai imam tua di Masji Ubudiyyah Permatang Sungkai, pasir Puteh..