Khamis, 18 Ogos 2011

KITA BERJUANG UNTUK AGAMA ATAU POLITIK?

1. Perjuangan adalah satu tuntutan. Berjuang untuk hidup aman dan selesa, berjuang untuk nampak hebat di mata manusia, berjuang untuk menjadi juara dalam masyarakat, berjuang untuk politik, agama dan sebagainya. Namun perjuangan yang direstui Allah hanyalah satu iaitu perjuangan yang disebut sebagai perjuangan “fi sabilillah” yakni perjuangan untuk meninggikan kalimah (agama) Allah. Ini termasuklah perjuangan menuntut ilmu agama, menegakkan negara islam, mengeluarkan manusia daripada kegelapan jahiliah menuju kepada cahaya islam, perjuangan dalam menyuruh kebaikan dan mencegah kemungkaran dan bermacam-macam lagi perjuangan.

2. Dalam politik juga ada perjuangan. Bahkan perjuangan dalam politik dilihat sangat hebat bagi sesetengah pendokong politik berbanding perjuangan lain. Namun mesti diingat, andainya perjuangan dalam politik adalah perjuangan berteraskan islam demi menegakkan syiar islam, maka itulah perjuangan yang paling agung yang pernah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. sepanjang kehidupan baginda.

3. Di malaysia kita ada sebuah parti politik islam. Parti ini telah diberi amanah oleh rakyat untuk membawa islam hingga ke tahap dapat memerintah negara. Jika hari ini agama islam hanya digunapakai dalam beberapa aspek yang berbentuk ritual atau ibadat sahaja dan ditinggalkan dalam sebahagian perkara besar yang lain, diharapkan dengan kewujudan parti ini mampu mengembalikan semuala zaman kegemilangan islam yang pernah dirasai oleh umat islam di zaman pererintahan Rasulullah s.a.w. para sahabat dan tabiin.

4. Jika melihat kepada matlamat parti islam ini, kita khususnya golongan agamawan merasa sangat lega kerana kita telah memiliki sebuah parti islam yang menjadi platform untuk kita memperjuangkan islam secara menyeluruh.

5. Namun kelegaan kita itu kembali pudar sehari demi sehari dek pemimpin parti yang diharapkan ini, sedikit demi sedikit sudah cuba untuk memisahkan agama daripada politik. Keriasauan mula bertapak dalam benak agamawan dewasa ini kerana banyak perkara agama sudah mula diketepikan kerana hanya ingin menjaga kepentingan politik. Politik seolah-olah diletakkan di atas manakala agama diletakkan di kedudukan yang kedua.

6. Persoalan yang ingin saya timbulkan disini ialah apakah maksud sebenar politik islam yang disebut sebagai siasah syar’iah? Adakah politik islam itu bermakna kita mengambil islam itu menurut kesesuaian politik atau mengubahsuai politik supaya menurut acuan islam?

7. Isu terbaru yang masih lagi hangat di media masa sudah cukup membuktikan betapa politik islam Negara kita ini meletakkan politik mengatasi islam. Isu pemantauan (bukan serbuan) JAIS ke atas sebuah gereja di Selangor baru-baru ini yang cuba memurtadkan seramai 12 orang umat islam telah mengundang pelbagai persepsi di kalangan peminpin politik islam kita. Amat malang sekali terdapat dikalangan pemimpin politik islam kita yang boleh dianggap berpengaruh menyakatakan kekesalan terhadap tindakan JAIS itu sehingga ada yang menghina, ada yang mengatakan tindakan jais tidak beretika tanpa usul periksa, ada yang mengatakan tindakan JAIS itu boleh mengeruhkan hubungan antara agama di Negara ini. Amatlah bodoh perkataan yang terbit daripada lidah-lidah pemimpin politik islam dewasa ini. Manakala pemimpin atasan yang lain hanya membisu yang boleh kita sebut sebagai “syaitan bisu” (meminjam perkataan yang pernah digunakan oleh presiden parti suatu ketika dahulu).

8. Dahulu kita juga pernah digegarkan oleh satu isu penguatkuasaan pengharaman arak oleh JAIS. Isu ini juga mengundang persepsi yang pelbagai dikalangan pimimpim parti hampir sama dengan apa yang berlaku sekarang ini.

9. Anehnya, Dalam politik islam di Malaysia ini, golongan yang benar-benar memperjuangkan islam seperti Dato Dr Hasan Ali yang sangat dikagumi keberaniaannya telah mendapat tekanan yang maha hebat saban hari sehingga dahulu pernah dilucutkan satu jawatan pentingnya dalam parti hanya semata-mata menegakkan yang makruf dan mencegah kemungkaran.

10. Bermuhasabahlah wahai pemimpin politik islam sebelum anda pergi mengahdap ilahi. Insan yang kerdil lagi hina ini hanya mengharapkan satu sahaja daripada anda iaitu anda mengembalikan kegemilangan islam dalam pentadbiran sebagaimana yang pernah dilakukan oleh khalifah-khalifah islam yang silam. Janganlah anda menggadai maruah islam hanya semata-mata untuk mendapat sokongan rakan kongsi anda yang kafir laknatullah.

Wallahu a’lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengikut

Mengenai Saya

Foto saya
Dilahirkan di kg. Permatang Rambai, Pasir Puteh. Anak kedua daripada empat orang adik beradik. Kini bertugas sebagai imam tua di Masji Ubudiyyah Permatang Sungkai, pasir Puteh..