Ahad, 18 Disember 2011

Politik - Masjid dan Pendekatan

1. Politik mengikut perspektif islam ialah suatu proses mengatur urusan kehidupan ummah berdasarkan hukum-hukum syarak.

2. Biasanya orang awam melihat politik dalam sudut kepartian semata-mata yang mengisyaratkan kepada perlawanan, pertentangan atau perbalahan antara dua atau lebih kelompok puak/parti.

3.  Pemahaman dangkal inilah yang menyebabkan apabila subjek politik diajar dimasjid ia akan ditentang habis-habisan oleh golongan yang antinya atau golongan yang berbeza aliran politik dengan orang yang mengajar tersebut.

4. Justeru, pentazkirah atau penceramah tersebut akan didakwa oleh segelintir masyarakat terutama orang yang berkepentingan sebagai orang yang "mempolitikkan masjid" atau "mempolitikkan agama" walhal ia bibahaskan dalam konteks islam tanpa menyebut Umno/ Pas atau sebagainya.

5. Berdasarkan pemerhatian, persoalan mempolitikkan masjid sebenarnya tidak wujud. kalau adapun ia hanyalah dalam jumlah yang sangat sedikit. Apa yang berlaku sebenarnya adalah dakwaan puak-puak sekular yang berniat untuk menghalang penceramah daripada memberi kefahaman politik islam yang sebenarnya kerana dikhuatiri akan menjejakan sokongan kepada mereka. lalu fahaman ini tanpa disedari telah menyusup masuk ke dalam benak orang2 kampung yang tidak mempunyai asas agama yang kukuh disebabkan oleh kekerapan disebut terutama oleh media-media arus perdana.

6. Dalam mendepani cabaran ini, si pendakwah seharusnya memiliki hikmah yang tinggi dalam menggunakan segala platform yang ada, terutama masjid untuk cuba mengeluarkan sedaya upaya umat yang masih berada dalam kegelapan (tanpa ilmu) ini kepada cahaya (ilmu dan petunjuk).

7. Antara bentuk hikmah yang dicadangkan (berdasarkan pengalaman saya) ialah apabila anda mengajar atau memberi kuliah di masjid-masjid atau di surau-surau, jangan terlalu keras terutama dalam mneyentuh persoalan politik atau mengislam politik, jangan sesekali menggunakan kata-kata yang kesat seperti penceramah-penceramah  politik, dan sokong setiap hujah yang anda ketengahkan dengan nas al-quran, hadis atau kata-kata ulama muktabar supaya tidak dilihat anda menggunakan akal atau pendapat anda dalam mempertahankan sesuatu..

8. Antara sebab mengapa jamaah lari dari masjid yang anda kuasai ialah kerana faktor di atas tadi. ini berdasarkan pengalaman saya. dulu (sekitar tahun 2006) saya aktif berpolitik dan saya gunakan masjid sebagai tempat untuk memperbaiki kefahaman politik tetapi dengan cara saya seolah-olah menjadikannya  sebagai pentas politik. maksudnya, saya membenarkan orang politik memberi ucapan dalam masjid termasuk wakil rakyat, penceramah agama yang memasuki pentas politik dan lain-lain yang sudah dicop atau dikenali umum sebagai orang politik. saya dapat merasakan ahli jemaah semakin berkurangan walaupun aktiviti masjid tidak putus-putus dilaksanakan.Bagi saya ia adalah satu kesilapan besar dalam kita mendidik masyarakat kerana ia disalahertikan.

9. kini setelah saya mengubah pendekatan dan banyak bersahabat dengan orang Umno(untuk tujuan dakwah) dan saya mengkritik Umno dengan cara yang lebih lunak tanpa menyebut atau mencerca individu, saya dapat rasa suatu perubahan besar berlaku. Kuliah-kuliah saya mula diterima oleh pelbagai lapisan, sama ada kanak-kanak, penyokong Umno, pas dan atas pagar. Saya bukanlah pakar atau orang yang mempunyai kemahiran dalam ceramah, tazkirah atau kuliah. saya tidak pandai memberi kuliah seperti pengkuliah2 yang lain yang mampu menghiburkan dan mencuit hati pendengar.Hanya sekadar membaca kitab dan menghuraikan sedikit sebanyak kepada ahli jemaah dengan cara ala-ala pondok. Namun saya yakin bahawa saya mampu mencorakkan minda masyarakat melalui pendekatan yang saya gunakan ini melihat kepada kesannya..


10. Bagi saya, apabila ilmu agama yang lengkap dan menyeluruh dapat difahami oleh masyarakat islam, ia sedikit sebanyak akan mengubah cara berfikir dan seterusnya dapat membuat penilaian yang baik dalam menentukan parti mana yang ingin dipilih. tentunya mereka akan memilih parti islam jika mereka mempunyai asas agama walaupun tidak banyak.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengikut

Mengenai Saya

Foto saya
Dilahirkan di kg. Permatang Rambai, Pasir Puteh. Anak kedua daripada empat orang adik beradik. Kini bertugas sebagai imam tua di Masji Ubudiyyah Permatang Sungkai, pasir Puteh..