Masyarakat Malaysia secara amnya masih lagi kurang kefahaman tentang agama. Walaupun mereka sedari kecil telah mengenal islam melalui ayah bonda dan nenek moyang mereka tetapi kefahaman islam tidak banyak diterapkan ke dalam diri mereka terutama semasa kecil.
Akibat daripada tidak itu masyakat islam kita cuba menjadikan akal sebagai pemutus dalam setiap perkara yang berkaitan dengan kehidupan hatta persoalan hukum hakam agama juga turut diputuskan oleh akal mereka yang dangkal itu.
Kalau kita perhatikan dalam aspek ibadah misalnya, kita dapati majoriti masyarakat islam kita khususnya masyarakat melayu , melaksanakan ibadah secara ikut-ikutan sahaja tanpa berusaha untuk mempelajari ilmu-ilmu yang berkaitan secara lebih serius. Sebagai contoh, ibadah solat yang dilakukan, berapa ramai kita perhatikan masyarakat kita yang melakukannya dengan betul? Kita dapati ramai dikalangan mereka yang melakukan perkara-perkara yang membatalkan solat dengan sengaja, seperti pergerakan anggota kasar yang berlebihan, tidak cukup kadar tomakninah, sebahagian anggota sujud tidak mencecah lantai dan lain-lain lagi perkara yang membatalkan solat.
Fenomina ini sangat membimbangkan kita umat islam. Apa guna kita bersusah payah laksanakan ibadat kalau ianya batal. Tentu tidak diterima oleh Allah s.w.t. .Satu kisah yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra, satu ketika nabi saw berada di penjuru masjid, tiba-tiba datang seorang lelaki solat tidak jauh dari tempat duduk nabi saw. Setelah selesai solatnya, Nabi saw terus menemuinya dan bersabda “ ulangkan semula solat mu itu, sesungguhnya kamu tidak solat, lelaki tersebut agak kehairanan (kerana dia telah melakukan solat tetapi dikatakan tidak bersolat) tanpa berlengah dia mengulangi kembali solatnya, setelah selesai, sekali lagi nabi saw menegur dengan teguran yang sama hingga sampailah kali yang ketiga maka lelaki itu meminta diajarkan solat yang betul kepadanya maka nabi pun mengajarnya kaifiat solat. (rujuk Sahih Bukhari, Hadis Nombor 6667).
Hadis di atas dengan jelas menunjukkan bahawa tidak ada guna kalau melakukan solat tanpa mengikut panduan yang telah digariskan oleh syarak. Nabi juga bersabda “ sembahyanglah kamu seperti mana kamu lihat (mengetahui daripada ulama) aku sembahnyang. (hadis riwayat Bukhari). Ini menunjukkan bahawa solat atau apa sahaja ibadat hendaklah menurut apa yang diajar oleh nabi saw bukannya dengan mengikut akal dan keinginan hawa nafsu.
Marilah sama-sama kita memepelajari ilmu agama secara mendalam untuk memastikan ibdah kita tidak sia-sia. Kita tidak mahu di akhirat kelak bila kita dihadapkan ke mahkamah Allah saw kita diazab kerana beribadat tanpa ilmu. Sebab itulah rasulullah bersabda “menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas umat islam”
‘TUNTUTLAH ILMU DARI BUAIAN HINGGA KE LIANG LAHAD”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan