Isnin, 28 Mei 2012

Panduan Pelihara Arnab

Jenis Jenis Baka Arnab

Lionhead Rabbit
Thrianta Rabbit
Holland Lop Rabbit
American Giant Chincilla Rabbit
New zealand white Rabbit

Californian RabbitCarolina RabbitGiant Angora RabbitDwarf RabbitDutch RabbitFrench Lop RabbitAngora RabbitRex RabbitGiant Bouscat RabbitSatin Rabbit
Mini Lop Rabbit

FAKTA-FAKTA LAIN MENGENAI ARNAB
-Arnab tergolong dalam kumpulan ‘lagomorphs’ bukan tikus (rodent).
-Jangka hayat arnab ialah antara 10 hingga 12 tahun dan mungkin lebih.
-Terdapat lebih dari 45 spesis di Amerika Syarikat dan Eropah.
-Arnab boleh dilatih untuk membuang najisnya setempat.
-- Sistem penghadaman arnab menyamai kuda maka mereka memerlukan rumput kering setiap hari bagi menghindarkan masalah penghadaman. Arnab tidak boleh muntah, olehitu gumpulan bulu yg ditelah boleh mendatangkan bahaya pada arnab.
-- Gigi arnab tumbuh secara sekata dan anak arnab secara semulajadi gemar menggigit wayar, kaki perabot, dsb. Maka ruang peliharaan arnab mesti “Kalis-gigitan arnab”
-- Arnab boleh mula mengawan seawall usia 3 bulan dan tempoh bunting adalah 31hari dimana jumlah anak yg boleh dilahirkan adalah antara 4~12 ekor.
--Bila anak arnab meningkat dewasa, merekakan menjadi aggresif dan bersifat teritorial. Mereka juga akan menandakan kawasan dgn percikan urin, dgn longgokan najis dan tanda gigitan. Mereka juga mula berbunyi menderam bila terancam.
--Anak arnab tidak sepatutnya diasingkan dari ibunya sehingga ia berusia 7 minggu.
-- Arnab rumah pandai bersosial lebih-lebih lagi jika anda menyimpan secara berpasangan. Mereka juga boleh berkawan dengan kucing, anjing atau guinea pigs dengan sedikit pemerhatian dan kesabaran
-- Arnab boleh menjadi haiwan kesayangan yang sangat lincah tetapi juga gembira diusap dan berinteraksi secara senyap dengan manusia.
-- Kebanyakan arnab tidak suka didukung atau diangkat tinggi kerana mereka secarasemulajadi “gayat” pada ketinggian. Mereka akan mencakar atau menendang dengankeras jira diangkat.
-- Rangka seekor arnab adalah rapuh dan mudah patah terutamanya pada tulang belakang. Jatuh ketika mengangkatnya boleh mendatangkan kemudaratan.. Kakinya juga,mudah patah jika terhempas pada permukaan keras. Ingat jika diangkat, arnab akan meronta2 dengan keras sekali.
-- Lantai sangkar hendaklah diperbuat dari jaring dawai bersaiz 1 inci x ½ inci denganketinggian 2 kaki dari aras tanah. Ini untuk mengelakkan dari gangguan pemangsa seperti kucing dan biawak.
-- Dari semasa ke semasa, arnab domestik perlu dibiarkan diluar sangkar bagimembolehkannya menjalankan aktiviti untuk menjaga kesihatannya.
-- Arnab juga mempunyai versi bunyi bergetarnya (purr) yang tersendiri. Mereka akanmengasah giginya secara semulajadi jika apabila dipelihara sebagai haiwan kesayangan. -Arnab berkomunikasi melalui beberapa kaedah seperti menghentakkan kaki belakang secara kuat, bunyi menderam (grunting), menguek/berdecit secara perlahan, menyisir bulu antara satu sama yg lain

PERINGKAT PERMULAAN

1. Untuk hobi atau permulaan boleh menggunakan satu set iaitu satu pejantan (arnab jantan dewasa ) dan 5 ekor induk (arnab betina dewasa)

2. Bagi sampingan pula boleh mulakan secara sederhana besar iaitu 50 induk dan 10 pejantan
3. Untuk pengeluaran secara sepenuh masa boleh memulakan 500 induk dan 100 pejantan.
Contoh Sangkar/ Reban Arnab


Untuk memulakan secara kecil-kecilan anda perlu sediakan/dapatkan beberapa perkara yang dibawah ini.
1. 6 buah sangkar dawai brc (10 – 14 gauge) berukuran 2’ x 3’ x 1.5’ setiap sangkar. Ini bagi menempatkan seekor arnab baka.
2. Reban kecil untuk memuatkan sangkar-sangkar di dalamnya berukuran lebih kurang 4’ x 22’ x 6’ . Sangkar dimasukkan dalam reban ini. Bumbung hendaklah dipasang bersama.
3. Sumber air minuman yang bersih dan sega.
4. Makanan juga perlu bersih dan segar.
5. 5 buah kotak sarang plastik, 6 buah bekas makanan tembikar dan 6 buah bekas minuman.
6. 1 set arnab dewasa berumur 3 – 5 bulan iaitu 1 ekor jantan dan 5 ekor betina
Jika kamu ingin membina reban arnab, pastikan reban itu mempunyai 2 pintu. Maksud saya, reban tu dah dibahagi 2 atau dah disekat dibahagian tengahnya. Ini untuk memudahkan kamu memisahkan arnab jantan dan arnab betina bagi mengatur kitar peranakkan bagi arnab kamu. Sebab arnab betina nih, tiba waktu dia dah boleh beranak, dia akan subur sentiasa… Nisbah untuk menternak arnab adalah 1:5. Iaitu 1 arnab jantan nisbah 5 arnab betina.
MAKANAN ARNAB
Makanan arnab biasanya berbentuk pellet atau untilan yang keras, yang mempunyai saiz garispusat 4mm dan panjang 2-3 sm.Dijual secara timbang atau didalam beg mengandungi 50 kg/ begMengandungi segala nutrisi untuk pertrumbuhan badan sekurang-kurangnya pada kadar kuantiti yang minimumJangan tukar makanan kepada jenama yang lain sekiranya makanan yang di beli banyak pecah atau berdebu.ini kerana akan menimbulkan masalah kepada arnab seperti kembung dan boleh menyebabkan kematian.Jika perlu membuat pertukaran makanan ( memberi makanan yang baru dibeli walaupun dari jenama yang sama) lakukan pecampuran dengan makanan yang sedia ada secara perlahan-lahan dalam masa 1 minggu jangan lakukan pertukaran secara mendadak atau sekaligus.
MAKANAN TAMBAHAN
Selain memakan dedak, arnab juga boleh diberi dengan makanan tambahan lain seperti bahan-bahan hijau seperti daun keledek, daun kangkong dan daun rumput isreal (asystasia coromendeliana)lebihan kegunaan dapur juga boleh dimanfaatkan seperti daun kobis, sawi dan kacang panjang. Perlu diambil perhatian dalam pemberian bahan hijau ini ialah kebersihan dan kandungan air pada bahan hijau tersebut. Untuk ini daun-daun tersebut hendaklah dibasuh dahulu beberapa kali dan kemudian dikeringkan pada panas matahari selama 2 ke 3 jam. Kemudian bolehlah diberikan kepada arnab. Lebihan ini hendaklah dibuang keesokkan harinya dan jangan di gunakan lagi.Makanan utama arnab adalah pellet (rabbit pellet) hendaklah diberikan dan boleh didapati di semua kedai pet shop.

PEMBIAKAN 
Masuk arnab betina dalam sangkar arnab jantan . Tetapi jangan lakukan sebaliknya, kerana arnab betina mempunyai “territorial behaviour” yang kuat dan akan menyerang serta mungkin membunuh arnab jantan tersebut.Masa mengawan antara 1 – 5 minit sahaja. Kemudian ambil semula arnab betina dan kembalikan dalam sangkarnya. Jangan tinggalkan arnab betina dalam sangkar arnab jantan tersebut lebih dari tempoh tersebut.Lakukan waktu proses mengawan arnab ini dalam keadaan cuaca yang selesa seperti awal pagi atau lewat petang, elakkan proses mengawan diwaktu tengahari kerana suhu yang tinggi akan mengurangkan kadar kesuburan.

KEKERAPAN MENGAWAN
Arnab jantan dewasa yang subur hanya boleh digunakan sekali dalam masa 3 hari ataupun 3 kali seminggu. Ada juga yang mengsyorkan pengunaan 2 kali sehari dan kemudian direhatkan selama 3 hari. Pengunaan pejantan boleh ditingkatkan secara perlahan kepada sekali sehari.Penggunaan arnab jantan yang berlebihan akan mengurangkan kadar kebernasan dan kesuburan. Menggunakan seekor pejantan yang terlalu kerap boleh menjejaskan keupayaan seksual arnab pejantan tersebut.Pada keadaan semulajadi (di hutan) arnab betina akan mengawan semula dalam masa 24-48 jam selepas beranak. Keadaan ini tidak digalakkan dalam penternakan arnab komersial, kerana arnab betina tidak boleh digunakan lebih lama.Dalam penternakan arnab komersial, arnab betina akan dihakwinkan semula dalam tempoh antara 3 – 4 minggu selepas tempoh beranak. Atau dalam masa proses cerai susu, arnab betina tersebut boleh dikahwinkan semula.

MENINGGIKAN KEBERNASAN
Untuk memastikan arnab tersebut telah mengawan ialah apabila arnab janatan memanjat arnab betina auntuk seketika dan kemudian arnab jantan akan menurunkan badannya seperti keadaan mengelunsur kebelakang atau terlentang.Untuk memastikan kebernasan, proses mengawan yang pertama pada jam 8.00 pagi – 10.00 pagi dan yang kedua boleh dilakukan 5 – 6 jam selepas proses mengawan yang pertama. Iaitu pada waktu petang.

TEMPOH BUNTING
Tempoh bunting arnab betina antara 29 hingga 31 hari. Bunting berat adalah pada minggu keempat. Pada peringkat ini kotak sarang beranak bolehlah diletakkan dalam sangkar arnab tersebut. Tujuannya adalah supaya arnab tersebut dapat menyesuaikan dirinya lebih awal dengan kotak sarang tersebut.Tanda-tanda arnab telah hampir beranak jelas kelihatan pada hari ke 27 – 29 dimana ia akan berkeadaan gelisah dan kemudian akan mencabut bulu dari bahagian bawah perutnya serta membuat sarang beranak dari bulu tersebut. Elok sekiranya pembela membubuhkan cebisan kertas surat khabar yang telah di potong-potong bagi membantu pembentukan sarang.Pada keadaan ini arnab tersebut hendaklah dibiarkan bersendirian dan jangan diganggu, melainkan jika untuk menukarkan kotak sarang. Makanan dan minuman hendaklah disediakan secukupnya.

ukuran 9 1/2"x16"
BUNTING PALSU
Terdapat juga kejadian apa yang dipanggil “bunting palsu” keadaan ini boleh dikesan pada masa kebuntingan hari ke 12 – 17, pada masa tu arnab telah menunjukkan tanda-tanda hendak beranak dengan cuba membuat sarang dari bulu yang dicabut. Jika keadaan ini dikesan, arnab betina tersebut hendaklah dikahwinkan semula.

ANAK ARNAB
Setelah arnab betina tersebut beranak, pastikan anak-anak arnab berada dalam kotak sarang. Jika terdapat anak arnab berada diluar kotak sarang, masukan dalam kotak sarang supaya tidak kesejukan.Apabila sudah memegang salah satu dari anak-anak arnab, tangan yang sama hendaklah disapukan untuk seketika pada hidung ibunya, ini untuk mengelakkan ibu tersebut menyingkirkan atau membunuh anaknya kerana bau lain pada badan anaknya.Anak arnab yang baru lahir berkeadaan bogel (tidak mempunyai bulu) buta dan pekak. Bulu akan mula tumbuh pada umur seminggu. Sementara mata dan telinga akan berfungsi pada hari ke 7 hingga ke 10.Pada masa ini makanan utama ialah susu dari ibunya. Sehinggalah pada umur 14 – 16 hari anak arnab akan keluar dari kotak sarang dan mula cuba makan makanan ibunya.

Menjelang kelahiran
-Penyediaan kotak - 3 hari sebelum beranak
-Kotak anak - dibasmi kuman menggunakan disinfectant seperti , Omnicide .
-Cara penggunaan :l 60ml Omnicide + 10 liter air.
Langkah disinfection:
-Kotak dicuci – larutan omnicidel Dibersihkan – air
-Dijemur dibawah cahaya mataharil Kotak diisi - habuk kayu, rumput kering, siratan surat khabar
- ibu arnab tempatkan anaknya dan elakkannya dari kesejukan.
-Pakai sarung tangan - dicelup Dettoll - elak ibu agresif terhadap anak.
-Buat pembersihan kotak sangkar - elak penyakit.
-Kotak anak dibuka - umur anak 21 hari
Pengurusan anak (1 hari-30 hari )
-Membuat catatan dalam rekod kelahiran:l No. ibul No. bapa
-Tarikh Jumlah anak Berat semasa kelahiran
-Catat pada borang dan kotak anak (umur 1 hari)
-Sangkar sentiasa dibersihkan - elakkan sebarang penyakit
-Rabbit Lactation Pellet’ diberi kepada ibu - menggalakkan penghasilan susu yang baik.
-Sepanjang tempoh awal penyusuan, ibu dan anak tidak boleh diganggu - dikhuatiri ibu akan membunuh anaknya.
MASA MENYUSU ANAK
Ibu arnab akan menyusukan anaknya pada waktu malam. Biasanya sekali dan paling kerap sebanyak dua kali sahaja. Yang paling penting dalam pemberian susu ini ialah susu awalan (colostrums). Oleh kerana pemberian susu hanya sekali atau dua kali, ini sudah tentu tidak mencukupi terutama disiang hari. Setiap kali ibu arnab masuk kedalam kotak sarang, anakmya akan cuba menyusu tetapi biasanya ibu arnab tersebut tidak akan memberi susu. Keadaan ini adalah normal dan tidak perlu dibimbangkan.Ibu angkatSekiranya bilangan anak melebehi putting susu ini sudah tentu menimbulkan masalah. Bilangan putting susu biasanya lapan. Oleh itu anak yang lebih perlu diberi kepada ibu angkat.Pemilihan ibu angkat ialah dengan memilih ibu arnab yang telah beranak dalam masa 48 jam dalam masa anak arnab itu lahir. Anak arnab yang diletakkan pada ibu angkat perlu ditandakan dengan warna pada bahagian kepala.Kemudian sapukan apa-apa wangi-wangian kepada ibu dan semua anak termasuk anak arnab tersebut yang berada dalam kotak sarang yang sama. Wangian tersebut akan menutup perbezaan bau antara anak betul dan anak angkat.Susu awalan ini hanya pada tiga hari yang pertama dan mengandungi antibody untuk ketahanan badan anak. Oleh itu pastikan anak arnab mendapat susu awalan tersebut. Susu selepas tempoh tersebut adalah susu biasa. Kemudian pemberian susu tersebut boleh diteruskan sehingga 2 – 4 minggu.

CERAI SUSU
Anak arnab boleh dibiarkan dalam sangkar ibunya dari umur sehari hingga peringkat cerai susu. Umur cerai susu ialah sebulan.Selepas itu anak arnab boleh dibuat pemilihan iaitu sama ada untuk dijadikan baka atau untuk tujuan pengemukan. Pemilihan untuk dijadikan baka hendaklah berdasarkan kepada rekod prestasi yang dicatit dari masa kesemasa.Setiap arnab yang dipilih hendaklah diletakan tag telinga sebagai tanda pengenalan individu. Anak-anak arnab ini hendaklah disimpan dalam sangkar individu ataupun 2 ekor dalam satu sangkar.Setelah dibuat pemilihan untuk baka, baki anak-anak arnab yang tidak dipilih akan dijadikan untuk pengemukan (pengeluaran daging) anak-anak arnab ini boleh disimpan dalam sangkar cecara berkumpulan selama 20 – 45 hari lagi
Arnab perlu diasingkan mengikut tahap umur dan saiz. Kalau tak akan berlaku pergaduhan yg boleh membawa maut atau kecacatan ke atas arnab-arnab
Pengurusan Semasa Cerai Susu
-Asingkan anak dan ibu
-Tulis nombor pada telinga anak arnab
-Tulis rekod berat badan anak
-Tentukan jantina anak
-Timbang berat anak
-Pemilihan baka dilakukan
-Asing anak arnab mengikut jantina
-Pasang palong makanan pada sangkar tersebut
-Singkiran - ‘notching ‘dilakukan
-Borang singkiran diisil Baka - dipasang ‘ear tag’
-Isi borang pindah stok
-Sebelum pindah anak - pasang palong makanan dan minuman
-Beri makanan ‘Grower Pellet’ (pembesaran) diberi - ad-lib
-Cerai susu dilakukan - hari ke 30
-Untuk baka - dihantar ke kandang 6 dalam masa 70 hari.
PENENTUAN JANTINA
Penentuan jantina boleh dilakukan dengan menekan secara perlahan bahagian lubang di atas dubur. Anak jantan akan menunjukkan tanda bonjolan yang membulat. Sementara anak arnab betina akan menunjukkan tanda belahan mengarah kedubur.

Mengenal jantina arnab yang berusia bawah 3 bulan memang agak sukar. Ini adalah kerana yang testicles arnab jantan belum kelihatan. Namun jika diteliti betul-betul, ada perbezaan yang membolehkan kita mengenalpasti jantina anak2 arnab yang berusia dibawah usia 3 bulan. Bagi sesetengah baka-baka arnab, yang jantan dan betina dewasa boleh dibezakan dengan lebih mudah. Bagi yang mempunyai kantung seolah-olah seperti tembuluknya, maka arnab ia adalah betina dan bagi yang tiada, maka fahamlah kita bahawa arnab itu adalah arnab jantan.

TIPS PENTERNAKAN/ MENGURUSKAN ARNAB


MENGAPA ARNAB MENGGIGIT ??
  • Arnab menggigit untuk menzahirkan rasa sayangnya.. Tindakan ini selalunya disertai dengan perbuatan berlari mengelilingi anda., sering berdengus lembut. Namun arnab itu tidak menyedari yg ia menyakiti anda.
  •  Arnab juga akan menggigit untuk mendapatkan perhatian dari anda. Ia bagaikan berkata “Hello tuan, saya kat bawah ni..!! Saya nak makanan saya sekarang”
  • Anda menghalang laluannya, Ia akan menggigit supaya anda beralih .
  • Jika ia menggigit waktu anda mengangkatnya, ia mungkin mahu anda meletakkan nya semula ke tanah.
  • Arnab akan menyerang secara mengigit atau mencakar. Sekiranya anda terlibat dalam situasi begitu, anda sebenarnya sedang menggangu dan/atau menakutkan arnab itu. Baik anda berundur, ingat gigitan arnab sangat menyakitkan.
  • Sekiranya gigitan berlaku ketika anda cuba hulurkan tangan untuk menggosok kepalanya…ia sebenarnya cuba mempertahankan diri. Arnab sebenarnya tidak boleh melihat apa yg betentangan dgn batang hidungnya, tidak juga nampak apa yg menggosok kepalanya, sebab itulah ia menggigit. Ini juga sebab mengapa arnab menghidu sesuatu sebelum mula menggigit atau mengunyah. Adalah lebih baik untu meletakkan tangan anda dari sudut yg boleh dilihatnya. Jadi ia tidak akan terasa terancam, lepas tuh bolehlah anda mula mengusapnya.
  • Untuk menghentikan gigitan arnab, cubalah menjerit kuat bila anda digigit. Arnab sendiri akan menjerit kuat bila terasa sakit/ takut yg amat sangat. Harap2 arnab itu akan faham yang gigitannya itu amat menyakitkan
FAKTA-FAKTA LAIN MENGENAI ARNAB
  • Arnab tergolong dalam kumpulan ‘lagomorphs’ bukan tikus (rodent).
  • Jangka hayat arnab ialah antara 10 hingga 12 tahun dan mungkin lebih.
  • Terdapat lebih dari 45 spesis di Amerika Syarikat dan Eropah.
  • Arnab boleh dilatih untuk membuang najisnya setempat.
  • Sistem penghadaman arnab menyamai kuda maka mereka memerlukan rumput kering setiap hari bagi menghindarkan masalah penghadaman. Arnab tidak boleh muntah, olehitu gumpulan bulu yg ditelah boleh mendatangkan bahaya pada arnab.
  • Gigi arnab tumbuh secara sekata dan anak arnab secara semulajadi gemar menggigit wayar, kaki perabot, dsb. Maka ruang peliharaan arnab mesti “Kalis-gigitan arnab”
  • Arnab boleh mula mengawan seawall usia 3 bulan dan tempoh bunting adalah 31hari dimana jumlah anak yg boleh dilahirkan adalah antara 4~12 ekor.
  • Bila anak arnab meningkat dewasa, merekakan menjadi aggresif dan bersifat teritorial. Mereka juga akan menandakan kawasan dgn percikan urin, dgn longgokan najis dan tanda gigitan. Mereka juga mula berbunyi menderam bila terancam.
  • Anak arnab tidak sepatutnya diasingkan dari ibunya sehingga ia berusia 7 minggu.
  • Arnab rumah pandai bersosial lebih-lebih lagi jika anda menyimpan secara berpasangan. Mereka juga boleh berkawan dengan kucing, anjing atau guinea pigs dengan sedikit pemerhatian dan kesabaran
  • Arnab boleh menjadi haiwan kesayangan yang sangat lincah tetapi juga gembira diusap dan berinteraksi secara senyap dengan manusia.
  • Arnab boleh mempelajari nama panggilan mereka dan boleh memahami perkataan mudah seperti “yes” atau “no”.
  • Kebanyakan arnab tidak suka didukung atau diangkat tinggi kerana mereka secara semulajadi “gayat” pada ketinggian. Mereka akan mencakar atau menendang dengan keras jira diangkat.
  • Rangka seekor arnab adalah rapuh dan mudah patah terutamanya pada tulang belakang. Jatuh ketika mengangkatnya boleh mendatangkan kemudaratan.. Kakinya juga,mudah patah jika terhempas pada permukaan keras. Ingat jika diangkat, arnab akan meronta2 dengan keras sekali.
  • Lantai sangkar hendaklah diperbuat dari jaring dawai bersaiz 1 inci x ½ inci dengan ketinggian 2 kaki dari aras tanah. Ini untuk mengelakkan dari gangguan pemangsa seperti kucing dan biawak.
  • Dari semasa ke semasa, arnab domestik perlu dibiarkan diluar sangkar bagi membolehkannya menjalankan aktiviti untuk menjaga kesihatannya.
  • Arnab juga mempunyai versi bunyi bergetarnya (purr) yang tersendiri. Mereka akan mengasah giginya secara semulajadi jika apabila dipelihara sebagai haiwan kesayangan.
  • Arnab berkomunikasi melalui beberapa kaedah seperti menghentakkan kaki belakang secara kuat, bunyi menderam (grunting), menguek/berdecit secara perlahan, menyisir bulu antara satu sama yg lain.


Isnin, 30 Januari 2012

Mengharapkan Perubahan Melalui Pilihan Raya ?

Setelah dunia menyaksikan kejatuhan pemimpin diktator Mesir, Hosni Mubarak, kini seluruh dunia mengharapkan satu perubahan yang dinanti-nanti selama ini yang akan merubah landskap politik Mesir melalui sebuah pilihan raya umum yang disifatkan sebagai lebih demokratik. 

Perkembangan terbaru menyaksikan parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) di bawah Ikhwanul Muslimin memenangi 47 peratus daripada kerusi Parlimen baru Mesir.Akhbar melaporkan bahawa Perikatan Demokratik yang diketuai olehFJP memenangi 235 daripada 498 kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya tiga peringkat itu. Ikhwanul Muslimin mencalonkan pegawai kanan dalam partinya, Mohammad Saad al-Katatni untuk menjadi Speaker Parlimen baru. Menduduki tempat kedua ialah parti Al-Nour yang mendapat 25 peratus undi dengan 125 kerusi. Parti-parti yang disifatkan liberal, Al-Wafd dan Blok Mesir ketinggalan dengan masing-masing hanya meraih 14 peratus undi, iaitu kira-kira 69 kerusi.

Sebanyak 21 parti politik gagal memperoleh sekurang-kurangnya 0.5 peratus undi yang diperlukan bagi menghantar wakil ke Parlimen. Para penyokong setia bekas Presiden Hosni Mubarak hanya memenangi tiga peratus daripada kerusi Parlimen. Pilihan raya dewan rendah Parlimen yang telah bermula pada 28 November lalu dan berlangsung selama hampir dua bulan adalah yang pertama di Mesir sejak Mubarak digulingkan dalam pemberontakan rakyat tahun lepas. Pemerintah tentera Mesir, Hussein Tantawi, telah melantik 10 anggota baru ke Parlimen untuk menjadikan jumlah anggotanya 508 orang yang akan memikul tanggungjawab utama memilih sebuah jawatankuasa bagi merangka Perlembagaan baru Mesir. Pilihan raya untuk dewan tertinggi Parlimen atau Majlis Shura dijadual akan diadakan dalam dua peringkat, dengan pengundian berlangsung antara 29 Januari hingga 22 Februari.

Sebenarnya revolusi yang telah berjaya dilakukan oleh umat Islam di negeri para anbiya’ itu menyampaikan satu mesej yang jelas kepada seluruh dunia bahawa perubahan yang dimahukan kaum Muslimin bukanlah sekadar perubahan “kepimpinan” (orang yang memimpin) semata-mata, tetapi perubahan “sistem” daripada sistem kufur yang penuh kekejaman dan penindasan kepada sistem Islam yang penuh keadilan dan keberkatan. Namun sayangnya, setelah Mubarak berjaya ditumbangkan, Barat dalam masa yang sama berjaya ‘merampas’ revolusi dan mengubah haluannya menurut kehendaknya.
 

Hal ini dilakukan Barat dengan agak mudah kerana kuku Barat masih menancap tajam pada kepimpinan tentera Mesir, yang rata-ratanya adalah orang kuat Mubarak. Dengan berlangsungnya pilihan raya umum Mesir yang pertama setelah tumbangnya Presiden Mubarak, sebahagian rakyat Mesir nampaknya telah berjaya digula-gulakan oleh Barat dengan sebuah pilihan raya atas nama sistem demokrasi. Walaupun tidak semua rakyat Mesir mahukan sistem demokrasi, namun Barat dengan taktik jahatnya berusaha mengabui mata umat Islam dan cuba meyakinkan dunia bahawa rakyat Mesir mahukan sistem demokrasi.
 

Bukan hanya sekadar memerhatikan proses pilihan raya dari dekat, Barat yang licik itu tidak pernah lekang dalam memerhatikan siapakah “calon” yang bakal memimpin Mesir pasca kepimpinan tentera yang ada sekarang. Barat mempropaganda perubahan Mesir dari pemerintahan diktator kepada pemerintahan demokrasi sekaligus berusaha menaikkan calon yang dilihat oleh umat Islam, lebih demokratik bagi membezakannya dengan Mubarak yang disifatkan sebagai diktator. Hasil penelitian Barat, Ikhwanul Muslimin merupakan sebuah gerakan yang berpotensi untuk memerintah Mesir ke arah yang lebih demokratik. Maka Barat berusaha menjalin hubungan dengan pimpinan gerakan Islam tersebut dalam rangka memastikan Ikhwanul Muslimin dapat memerintah Mesir dan pada masa yang sama akan terus menjaga hubungan baik dengan Barat. Hasilnya sungguh lumayan bagi Barat apabila FJP setakat ini telah memenangi pilihan raya umum Mesir. Namun begitu, adalah suatu yang sungguh menyayat hati melihat hubungan baik antara FJP dan Amerika kerana sesungguhnya revolusi Mesir yang telah mengorbankan ramai para syuhada dan melibatkan ribuan kaum Muslimin yang berulangkali berkumpul di Medan Tahrir, mereka telah menyatakan ‘tidak’ pada Amerika!

Pembohongan Amerika dalam sokongan mereka ke atas sistem demokrasi dan pemimpin yang demokratik adalah amat jelas sekali. Orang buta sekalipun tahu betapa baiknya hubungan di antara Amerika dengan Mubarak, walaupun Mubarak terkenal sebagai seorang pemimpin yang diktator dan zalim. Seluruh dunia juga tahu betapa rapatnya hubungan Amerika dengan Arab Saudi, Jordan, Syria, Yemen dan lain-lain negara Arab walaupun kesemua pemimpin negara tersebut adalah para diktator dan tidak demokratik. Sesungguhnya sokongan Amerika terhadap para pemimpin tersebut bukanlah atas nama demokrasi, tetapi kerana para pemimpin tersebut adalah boneka AS dan boleh memberi kepentingan kepada mereka. Begitu jugalah sokongan yang ditunjukkan oleh negara Uncle Sam itu kepada FJP, bukanlah sebenarnya atas dasar demokrasi sebagaimana yang diwar-warkan, tetapi atas dasar kepentingan yang bakal diraih oleh Amerika dari hubungan tersebut, sama sebagaimana kepentingan yang telah diraih Amerika hasil hubungannya dengan Mubarak sewaktu kekuasaan Mubarak dahulu.
 

AS cuba mewujudkan ‘suasana demokrasi’ di Mesir bagi menggantikan sistem diktator yang dibenci oleh umat Islam yang dibawa oleh Mubarak selama ini. Walhal bagi AS, tidak ada bezanya di antara pemimpin yang demokratik dan diktator kerana yang penting bagi mereka adalah bahawa pemimpin tersebut (baik demokratik atau diktator) adalah orang yang setia dengan AS. Oleh yang demikian, setelah sekian lama (pasca tumbangnya Mubarak) AS mencipta hubungan baik dengan bakal pemerintah Mesir, maka sudah masanya rakyat Mesir dihidangkan dengan sebuah pesta demokrasi (pilihan raya) yang selama ini tidak dapat ‘dinikmati’ di bawah pemerintahan Mubarak. Pesta ini tidak lain hanyalah sebagai pemula kepada agenda AS dalam membentuk Mesir baru yang ‘demokratik’ di bawah telunjuknya. Setakat ini, pesta demokrasi ini berjalan lancar dengan cara yang cukup disenangi oleh Barat.
 

Sebagaimana sifat sebuah ‘pesta’, pilihan raya hanyalah luahan aksi kegembiraan yang bersifat sementara. Kegembiraan itu ditandai antara lain denganbanyaknya parti dan ribuan calon yang bertanding, jutaan pelekat, sepandukdan kain rentang, ramainya wartawan dan pihak media yang membuat liputan, hingar-bingar kempen politik yang berlangsung di sana-sini dengan pelbagai janji dan manifesto masing-masing, beraneka ragam hiburan dan acara bagi menarik orang ramai dan tidak ketinggalan diserikan lagi dengan pelbagai bentuk rasuah, penipuan, hasutan, fitnah-memfitnah, pergaduhan  dan sebagainya yang kesemuanya menghabiskan jutaan wang demi merebut sebuah kerusi.

Namun, atas sifat sebuah pesta juga, maka setelah selesai segala aktiviti kegembiraan tersebut, keadaan akan kembali seperti asal, tidak ada apa-apapun yang berubah. Begitulah dengan pesta pilihan raya ini, tidak ada apa-apa pun yang akan berubah setelah pilihan raya,  kecuali calon-calon pemenangnya. Oleh yang demikian, sesiapa sahaja yang terlanjur mempercayai bahawa pilihan raya dalam sistem demokrasi boleh menghasilkan perubahan, maka dia hendaklah kembali berfikir dengan jernih akan kebenaran fakta ini. Ini kerana, pilihan raya di dalam sistem demokrasi hanyalah untuk memilih atau menukar orang sahaja, seraya berharap orang yang terpilih itu lebih baik daripada orang yang sebelumnya. Pilihan raya sama sekali tidak akan membawa kepada perubahan sistem, kerana memang ia tidak diwujudkan untuk tujuan tersebut. Dengan kata lain, pilihan raya menafikan perubahan sistem, malah dengan adanya (dilaksanakan) pilihan raya itu sendiri, ia bermaksud sistem yang sedia ada dikekalkan. Berjalannya pilihan raya membawa maksud penduduk negara itu masih tunduk pada sistem yang ada. Telah terlalu kerap kita melihat bagaimana negara-negara di dunia, setelah selesai pilihan raya, sistem yang sama masih lagi berjalan walaupun orang (pemenang)nya berubah. Sistem yang bobrok terus kekal dengan kebobrokannya, malah tidak sedikit dari calon yang baru menang, yang kononnya mahu melakukan perubahan, justeru terus tenggelam di dalam kerosakan sistem yang sedia ada.
 

Walau jelas di depan mata bahawa pilihan raya tidak pernah dapat merubah sesebuah sistem, namun masih tetap ada segelintir umat Islam yang berusaha untuk memenangkan (menegakkan) Islam melalui pilihan raya. Jika mereka merujuk kepada sejarah sekalipun, mereka akan mendapati bahawa setakat ini belum pernah terjadi penegakan Islam melalui pilihan raya sebagaimana yang mereka dambakan. Dari segi sejarah, Indonesia sebagai contoh, sebagai negara yang mempunyai penduduk Muslim yang terbesar, Masyumi dan Nahdhatul Ulama yang masing-masing memenangi 112 dan 91 kerusi pada pilihan raya tahun 1955, masih tetap tidak dapat memerintah dengan Islam. Masyumi kemudiannya dibubarkan oleh Soekarno pada tahun 1960.
 

Sejarah yang sama kita saksikan, malah lebih tragis, ke atas FIS di Aljazair. FIS yang menang pada pilihan rayapusingan pertama 1991 dan menguasai 81% kerusi Parlimen, lalu menang besar pada pilihan raya pusingan kedua pada tahun yang sama, akhirnya dibubarkan oleh junta tentera yang disokong oleh Perancis. Hal yang sama juga terjadi pada Hamas di Palestin, yang menjadi pemenang pilihan raya secara demokratis, namun hingga kini Hamas terus terjebak di dalam sistem yang sedia ada dan tidak dapat keluar darinya dan Islam tetap tidak dapat ditegakkan. Begitulah juga keadaannya di Malaysia di mana parti Islam yang bertanding tidak pernah menang di dalam pilihan raya umum kecuali di beberapa negeri, dan apa yang jelas adalah, sistem Islam masih tidak dapat ditegakkan hingga kini. Malah lebih buruk, parti Islam tersebut terus terjebak di dalam pemerintahan sekular, bahkan memerintah bersama dengan orang-orang kafir, suatu hal yang dilarang (haram) secara nyata di dalam Islam. Ringkasnya, di mana sahaja negara umat Islam yang mengamalkan pilihan raya demokrasi, umat Islam tidak pernah dapat menegakkan Islam. Ini kerana di dalam sistem demokrasi, manusialah yang membuat undang-undang dengan mengambil hak Allah sebagai Pembuat undang-undang.
 

Justeru itu, mengharapkan terjadinya perubahan, apalagi kemenangan Islam, melalui pilihan rayadi bawah sistem demokrasi adalah sesuatu yang tidak mungkin berlaku, malah hakikatnya, boleh membawa umat semakin jauh dari Islam. Sungguh rugilah umat Islam yang terus-menerus berharap pada sesuatu yang tidak dapat mereka capai walhal ada jalan lain yang benar yang seharusnya mereka tempuhi. Potensi atau usaha mereka seharusnya dikerahkan untuk mengikuti jalan tersebut, yang berdasarkan wahyu dan bukannya jalan demokrasi Barat. Hanya jalan ini sahajalah -yakni jalan wahyu yang pernah ditempuh oleh Rasulullah SAW- yang akan pasti memberikan kejayaan dalam melakukan perubahan. Bangsa Arab yang Jahiliyyah ternyata berjaya diubah oleh Rasulullah SAW menjadi bangsa yang memimpin dunia atas nama Islam, dengan jalan berdasarkan wahyu ini. Islam terus memimpin dunia dengan sebuah peradaban yang agung sehinggalah pemerintahan Islam (Khilafah) berjaya dihancurkan oleh Barat melalui pengkhianatan Mustafa Kamal Attartuk laknatullah pada 28 Rajab 1342H (3 Mac 1924).
 

Setelah hancurnya pemerintahan Khilafah dari pentas dunia, umat Islam dibius oleh Barat dengan sistem demokrasi sehingga umat Islam terus lemah, berpecah dan tidak lagi nampak jalan yang lurus (jalan wahyu) untuk mengembalikan kekuatan dan kemuliaan mereka. Umat Islam terus-menerus disodorkan oleh Barat bahawa tidak ada jalan lain untuk melakukan pertukaran pemimpin kecuali melalui jalan pilihan raya demokratik. Sehinggalah saat terjadinya revolusi di Tunisia, Mesir dan Libya di mana umat Islam berjaya menggulingkan pemerintah masing-masing tanpa pilihan raya, Barat tetap terus berusaha bersungguh-sungguh untuk ‘merampas’ revolusi dan setelah berjaya merampasnya, Barat lalu tanpa berlengah terus melaungkan perubahan melalui jalan pilihan raya.
 

Inilah yang berlaku di Mesir sekarang di mana umat Islam terus‘diperbodohkan’ oleh Barat dengan pilihan raya, walhal hakikatnya umat Islam sebelum itu telah berjaya melakukan perubahan dengan menumbangkan pemerintahan diktator dengan sebuah revolusi (bukan melalui pilihan raya). Dengan kata lain, Barat sekali lagi berjaya menyodorkan “pilihan raya” sebagai jalan perubahan untuk umat Islam. Walhal hakikatnya pilihan raya tidak pernah dan tidak akan pernah membawa apa-apa perubahan, kecuali ‘perubahan’ yang diingini oleh Barat sahaja. Maka sungguh malang apabila kita melihat segelintir umat Islam terperangkap di dalam agenda Barat ini. Menggantungkan harapan terjadinya perubahan hakiki melalui pilihan raya di bawah sistem demokrasi hanyalah akan mendatangkan kekecewaan demi kekecewaan bagi umat Islam. Fakta yang terjadi di negeri-negeri kaum Muslimin selama ini sudah membuktikan hal itu. Kerana itu, tidak layak bagi satu umat yang mulia untuk menaruh harapan kepada sebuah sistem yang hina seperti demokrasi.
 

Satu-satunya jalan untuk mencapai perubahan yang hakiki di dalam usaha untuk menegakkan Islam secara kaffah (menyeluruh) hanya boleh dilakukan melalui thariqah (method) dakwah yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Firman Allah SWT,
 

Sesungguhnya (yang Kami perintahkan) ini adalah jalanKu yang lurus, maka ikutilah ia dan janganlah kalian mengikuti jalan-jalan (yang lain), kerana jalan-jalan lain itu mencerai-beraikan kalian dari jalanNya. Yang demikian itu diperintahkan oleh Allah kepada kalian agar kalian bertakwa” [TMQ al-An’am (6):153]. 

Rasulullah SAW tidak pernah menunjukkan bahawa jalan menuju perubahan adalah melalui pilihan raya atau menyertai sistem Jahiliyyah. Rasulullah SAW malah berusaha untuk menghapuskan sistem Jahiliyyah, bukannya bergabung di dalamnya. Bermula dari perubahan pemikiran (dari pemikiran kufur kepada pemikian Islam), seterusnya membentuk sebuah kutlah (kelompok) dakwah, lalu melakukan kifahu siyasi (perjuangan politik) dan dikuti dengan thalabun nusrah (mencari pertolongan) untuk mendapatkan kekuasaan dari ahlul quwwah (golongan yang memiliki kekuatan) khususnya kekuatan perang, Rasulullah SAW kemudian berhijrah ke Madinah dan berjaya mewujudkan sebuah Negara Islam.Dari sanalah bermulanya penerapan Islam secara kaffah, lalu tersebar pula ke seluruh alam dengan jalan dakwah dan jihad, menjadikan kaum Muslimin umat yang mulia dan terbaik. Inilah jalan perubahan yang dituntut oleh Islam yakni jalan lurus yang berdasarkan wahyu, bukannya jalan yang didasarkan kepada akal, apatah lagi jalan yang diajar oleh penjajah seperti jalan demokrasi.

Khatimah

Sesungguhnya perubahan hakiki yang diperlukan oleh umat Islam adalah perubahan sistem, bukannya perubahan orang/pemimpin. Dunia Islam khususnya dan seluruh dunia amnya, amat memerlukan sebuah sistem alternatifyang dapat menyelamatkan umat manusia dari kesengsaraan. Tidak ada sistem yang dapat memenuhi tuntutan tersebut kecuali sistem yang datangnya dari wahyu. Sistem ini tidak lain adalah sistem Khilafah dan bukannya sistem demokrasi, autokrasi, teokrasi, monarki dan sebagainya. Inilah jalan baru yang diperlukan oleh umat Islam, termasuk di Malaysia waktu ini. Jalan inilah yang akan dapat mengubah wajah dunia yang didominasi oleh kezaliman dan kekacauan menjadi wajah dunia yang penuh keadilan dan kesejahteraan. Jalan inilah yang telah dirintis oleh Hizbut Tahrir sejak tahun 1953, yang bermula di Al-Quds, Palestin sehingga telah melebar ke seluruh benua, dari bahagian timur hingga ke barat dunia. Umat Islam kini mulai sedar bahawa mereka memerlukan sistem Khilafah dan bukannya sistem demokrasi. Yang menjadi masalah adalah wujudnya segelintir pemimpin umat hari ini yang masih bersahabat dan sentiasa melutut kepada kuffar Barat dan menjadi pengkhianat Islam, yang oleh kerana itu, Barat masih berjaya mencengkam umat Islam dengan sistem demokrasi kufurnya. Namun, barisan pemimpin pengkhianat ini mula tersungkur satu demi satu dan kemenangan Islam dengan sistem Khilafah itu sebenarnya sudah semakin hampir hari demi hari. Sesungguhnya apabila tibanya hari kemenangan,
 “Pada saat itulah, hati seluruh kaum Mukmin akan bergembira kerana pertolongan Allah” [TMQ ar-Rum (30):4-5].



Khamis, 22 Disember 2011

Bersatulah walaupun berkhilaf

"Islam adalah penyelesaian". Itulah slogan yang dibawa oleh jamaah islamiah  Ikhwanul muslimin Mesir zaman berzaman. Memang tepat sekali slogan tersebut kerana iannya selari dengan tuntutan Allah dalam alQuran iaitu "kalau sekiranya kamu berselisih dalam suatu perkara maka kembalilah kepada Allah (al-Quran) dan Rasulnya (hadis) kalaulah kamu benar2 beriman kepada Allah dan hari akhirat" )Surah an-Nisa' ayat 59.

Di dalam islam semua perkara sama ada daripada sekecil-kecil perkara seperti masuk tandas sehinggalah  sebesar-besar perkara seperti memerintah negara, semua diajar. Sumbernya ialah al-Quran dan Hadis serta ulama-ulama muktabar yang mampu menerokai dengan halus dan teliti apa yang diperkatakan keduanya.

Dalam menangani perselihan umpamanya, islam telah meletakkan asas yang kukuh kepada kita sama ada perselisihan individu atau dalam jamaah. Asas yang dimaksudkan ialah kembali kepada Allah dan rasulnya seperti yang tersebut dalam ayat di atas.

Di antara saranan Allah yang patut kita terima khusus dalam menangani masalah ialah firman Allah " Bermesyuaratlah kamu dalam setiap perkara" (surah Ali Imran, ayat 159). Mesyuarat atau perbincangan secara beradab dengan tidak ada niat yang lain kecuali mencari ridha Allah s.w.t adalah platform terbaik untuk menyelesaikan kemelut yang melanda terutama dalam jamaah islam seperti PAS. 

Pas adalah wadah untuk memperjuangkan islam kerana ianya satu-satunya parti yang ada pada hari ini yang berkonsepkan islam sama ada dasarnya adalah dasar islam dan juga pelaksaannya masih lagi dianggap islamik. Adalah amat malang sekali bila sebuah parti harapan kita, harapan bangsa kita dan harapan agama dan tanahair kita ini mengalami perpecahan dalaman yang agak serius saat ini walhal hakikatnya ia adalah perkara yang remeh temeh dan tidak seharusnya berlaku. 

Ya, isu ini sangat remeh. Ia sepatutnya tak berlaku atau boleh reda dalam masa sehari sahaja namun telah berlarutan kepada minggu dan bulan. 

Pada pengamatan saya isu yang berlaku sebenarnya berkait rapat dengan fikrah pemimpin PAS itu sendiri. saya dapat rumuskan bahawa dalam PAS wujud dua aliran utama yang mana aliran ini muncul ketika awal penubuhan pakatan rakyat dahulu  iaitu Aliran yang bersetuju (digelar erdogan) dan tidak bersetuju dengan penubuhan pakatan rakyat. Yang setuju ada fahamannya yang tersendiri yang mana dapat disimpulkan bahawa mereka tidak rasa islam boleh tergugat melalui gabungan tersebut. bagi mereka walaupun bekerjasama dengan PKR yang liberal dan DAP yang tergolong di kalangan kafir harbi, namun mereka tetap yakin bahawa PAS tidak tergugat kerana mempunyai dasarnya tersendiri yang tak berubah dari dulu lagi yakni dasar islam, yang berubah hanyalah pendekatan yang digunakan supaya tidak nampak terlalu ekstrim di mata bukan islam. 

Manakala kelompok yang kedua pula tidak bersetuju dengan gabungan PKR-PAS-DAP kerana bagi mereka umat islam tidak boleh sama sekali berkompromi dengan kafir harbi, kalau kafir zimmi boleh dipertimbangkan. bagi saya pandangan ini juga ada kebenarannya. walaupun kita (PAS) ada dasar islam yang dipegang sejak dulu, kini dan selamanya, namun yang menjadi persoalannya adakah mereka (PKR dan DAP) boleh tmenerima dasar kita apabila kita berjaya memerintah kelak?. mampukah kita menukar perlembagaan yang sedia ada kepada perlembagan islam? mampukah kita melaksanakan hudud, qisas dan takzir sedangkan inilah yang kita perjuangkan sejak dulu? adakah PKR dan DAP boleh terima semua ini..bagi kelompok yang kedua ini mereka tidak yakin bahawa PAS akan dapat bebas mengamalkan islam dalam pemerintahannya selagi berkongsi kuasa dengan kafir harbi. Bagi mereka kalau tidak dapat melaksanakan dasar apa guna dapat memerintah. Sebab itulah mereka berusaha sedaya mungkin untuk menyatukan Umno dengan PAS walaupun agak sukar berdasarkan pengalaman yang lalu. namun mereka tetap berusaha dengan harapan dapat pertolongan daripada Allah. 

bagi saya kedua-dua pandangan di atas adalah baik belaka. namun bagi mereka yang menyebelahi kelompok pertama dan taksub kepadanya, akan wujud pertentangan yang hebat dengan kelompok yang satu lagi, dan begitulah sebaliknya.. 

berbeza pandangan adalah suatu perkara yang biasa. yang luar biasanya ialah apabila perbezaan tersebut tidak ditangani sehingga boleh mewujudkan perbalahan sesama sendiriyang akhirnya membawa kepada perpecahan. inilah perkara yang melemahkan jemaah islam sebenarnya. sepatutnya kita boleh bekerjasa dalam satu jamaah walaupun memiliki fikrah yang berlainan dengan menggunakan panduan islam yang kita anuti selama ini. bagi saya, mesyuarat adalah sangat diperlukan dalam situasi sebegini untuk meredakan sedikit ketegangan.

adalah sangat tidak islamik apa yang berlaku hari ini dalam jamaah kita. kutuk mengutuk sesama sendiri kerana masing-masing nak jadi juara, yang sama sekali tidak layak dianggap juara bagi orang yang cerdik. wahai Hasan Ali dan ustaz Nasha berhentilah keluarkan kenyataan terbuka demi islam, wahai Mustafa Ali janganlah jadi seperti budak tadika yang penuh emosi, wahai Nik Abduh dan Nasarudin KP janganlah mencemuh rakan dalam jamaah kita yang berbeza fikrah dengan anda..kalaulah masing-masing berhenti bercakap saya yakin masalah ini boleh diselesaikan hari pertama lagi......
sekian.

Isnin, 19 Disember 2011

Remaja, Porno, dan Seks bebas...teruknyee!!!

1. Petang tadi, selepas solat asar saya seperti biasa hidupkan enjin motosikal untuk pulang ke rumah. dalam perjalanan dari Masjid ke rumah saya di Permatang Gading saya tengok sekumpulan remaja sedang melepak-lepak di sebuah rumah tidak berpenghuni disebelah kiri jalan sebelum menempuhi jambatan kubur bukit Abal. Melihat mereka dalam keadaan mengilai berdekah-dekat sambil setiap mata melihat handphone salah seorang mereka saya secara selamba memberhentikan motosikal untuk menyapa mereka. mereka tak terkejut pun sebab ada di situ beberapa orang yang saya biasa bercakap dan bergurau dengannya.


2. Sampai dekat dengan mereka, saya bagi salam, dengan selamba mereka masukkan phone dalam kocek seluar sambil menjawab salam saya. saya duduk sekali berbual dengan mereka beberapa minit, alhamdulillah mereka melayan saya dengan baik, katanya saya ni tok imam sporting, boleh masuk dengan semua orang . Lantaklah dia nak kata apa pun, bagi saya yang pentingnya saya boleh merapatkan hubungan dengan mereka supaya mudah untuk mendekati mereka seterusnya menyampaikan dakwah. Saya sayangkan masa depan mereka yang entah apa akan jadi kalau saya tak ubah mereka dari sekarang.

3. Saya mintak phone tadi kononnya untuk melihat model apa  konon berminat untuk membeli model seumpama itu. mereka enggan bagi. saya pujuk beberapa kali akhirnya dia bersetuju untuk memberi saya tengok. selepas itu apa lagi saya tekan punya tekan akhirnya bertemulah dengan apa yang mereka ketawa sebentar  tadi. beratus-ratus video dan gambar lucah tersimpan di dalam memori handphone. Video seks dalam handphone bukanlah suatu perkara yang mengejutkan saya tetapi apa yang benar-benar mengejutkan saya terdapat  puluhan video aksi seks yang melibatkan remaja belasan tahun berbangsa melayu. ada yang memakai pakaian sekolah, ada yang beraksi di pusat peranginan, entah jeram mana pun tak tau dan macam2 lagi aksi yang menjijikkan yang saya lihat. tak sampai hati untuk saya melihat satu persatu..Ashtaghfirullahal Azim..


4.saya tanya mereka dari mana dapat semua ni. mereka dengan selamba jawab "apa yang peliknya ustaz, semua kawan-kawan saya tengok benda ni dan ada simpan benda ni", "betulkah semua kawan awak ada benda ni?" saya tanya sekali lagi untuk mendapatkan kepastian, mereka jawab "semua kawan-kawan saya ada simpan dan tengok benda ni, yang perempuan pun sama je ustaz". Dengan kesungguhan jawapannya  itu saya bertambah yakin bahawa  ianya suatu benda yang benar2 berlaku.


5. Daripada mereka juga saya diberitahu bahawa untuk mendapatkan "benda jijik" itu sangat mudah, boleh bluetooth dengan kawan2, atau boleh jugak beli di sesetengah kedai telefon/aksesori telepon/topup dengan harga serendah RM2 untuk beratus-ratus klip video. Masya Allah, begitu senangnya nak dapatkan bahan pornografi di bumi bertuah negara islam Malaysia.

6. Seterusnya saya juga buka inbox dan sent item mesej, saya dapati banyak mesej lucah, berunsur seks yang dihantar oleh/kepada pasangannya, mungkin teman wanitanya kot, itu saya tak pasti. Setelah pertanyaan demi pertanyaan saya ajukan kepada mereka akhirnya mereka membuka rahsia yang saya tak pernah tahu sebelum ini bahawa ada pelajar sekolahnya (nama sekolah tak nak sebut, sekitar pasir puteh ni jer) seawal tingkatan dua sudah mencuba aktiviti seks dengan teman/buah hati  masing-masing tetapi yang ramainya tingkatan empat dan lima...sekali lagi saya mengucap panjang mendengar penjelasan tersebut. Akhirnya,saya tinggalkan mereka dengan beberapa nasihat dan pesanan. Semoga mereka dapat menerima nasihat saya itu  walaupun tidak sepenuhnya...

7. Melihat kepada gejala sosial yang berlaku dewasa ini, saya telah menganggapnya sudah berada pada tahap yang kritikal. bagi saya semua pihak mesti berganding bahu mengambil peranan untuk membendung masalah ini daripada terus menjadi barah kepada generasi muda hari ini. Peranan utamanya adalah di pihak KERAJAAN/PEMERINYAH, sepatutnya kerajaan kena berusaha supaya hukum islam (hudud) dapat dilaksanakan dengan seberapa segera di samping memberi didikan agama yang secukupnya  merangkumi aspek Akidah, Ibadah, dan akhlak dengan mentransformasikan kurikulum yang sedia ada di sekolah-sekolah...itu lah harapan saya demi melihat anak bangsa kita beragama, bertamadun dan produktif..

sekian wassalam

Ahad, 18 Disember 2011

Politik - Masjid dan Pendekatan

1. Politik mengikut perspektif islam ialah suatu proses mengatur urusan kehidupan ummah berdasarkan hukum-hukum syarak.

2. Biasanya orang awam melihat politik dalam sudut kepartian semata-mata yang mengisyaratkan kepada perlawanan, pertentangan atau perbalahan antara dua atau lebih kelompok puak/parti.

3.  Pemahaman dangkal inilah yang menyebabkan apabila subjek politik diajar dimasjid ia akan ditentang habis-habisan oleh golongan yang antinya atau golongan yang berbeza aliran politik dengan orang yang mengajar tersebut.

4. Justeru, pentazkirah atau penceramah tersebut akan didakwa oleh segelintir masyarakat terutama orang yang berkepentingan sebagai orang yang "mempolitikkan masjid" atau "mempolitikkan agama" walhal ia bibahaskan dalam konteks islam tanpa menyebut Umno/ Pas atau sebagainya.

5. Berdasarkan pemerhatian, persoalan mempolitikkan masjid sebenarnya tidak wujud. kalau adapun ia hanyalah dalam jumlah yang sangat sedikit. Apa yang berlaku sebenarnya adalah dakwaan puak-puak sekular yang berniat untuk menghalang penceramah daripada memberi kefahaman politik islam yang sebenarnya kerana dikhuatiri akan menjejakan sokongan kepada mereka. lalu fahaman ini tanpa disedari telah menyusup masuk ke dalam benak orang2 kampung yang tidak mempunyai asas agama yang kukuh disebabkan oleh kekerapan disebut terutama oleh media-media arus perdana.

6. Dalam mendepani cabaran ini, si pendakwah seharusnya memiliki hikmah yang tinggi dalam menggunakan segala platform yang ada, terutama masjid untuk cuba mengeluarkan sedaya upaya umat yang masih berada dalam kegelapan (tanpa ilmu) ini kepada cahaya (ilmu dan petunjuk).

7. Antara bentuk hikmah yang dicadangkan (berdasarkan pengalaman saya) ialah apabila anda mengajar atau memberi kuliah di masjid-masjid atau di surau-surau, jangan terlalu keras terutama dalam mneyentuh persoalan politik atau mengislam politik, jangan sesekali menggunakan kata-kata yang kesat seperti penceramah-penceramah  politik, dan sokong setiap hujah yang anda ketengahkan dengan nas al-quran, hadis atau kata-kata ulama muktabar supaya tidak dilihat anda menggunakan akal atau pendapat anda dalam mempertahankan sesuatu..

8. Antara sebab mengapa jamaah lari dari masjid yang anda kuasai ialah kerana faktor di atas tadi. ini berdasarkan pengalaman saya. dulu (sekitar tahun 2006) saya aktif berpolitik dan saya gunakan masjid sebagai tempat untuk memperbaiki kefahaman politik tetapi dengan cara saya seolah-olah menjadikannya  sebagai pentas politik. maksudnya, saya membenarkan orang politik memberi ucapan dalam masjid termasuk wakil rakyat, penceramah agama yang memasuki pentas politik dan lain-lain yang sudah dicop atau dikenali umum sebagai orang politik. saya dapat merasakan ahli jemaah semakin berkurangan walaupun aktiviti masjid tidak putus-putus dilaksanakan.Bagi saya ia adalah satu kesilapan besar dalam kita mendidik masyarakat kerana ia disalahertikan.

9. kini setelah saya mengubah pendekatan dan banyak bersahabat dengan orang Umno(untuk tujuan dakwah) dan saya mengkritik Umno dengan cara yang lebih lunak tanpa menyebut atau mencerca individu, saya dapat rasa suatu perubahan besar berlaku. Kuliah-kuliah saya mula diterima oleh pelbagai lapisan, sama ada kanak-kanak, penyokong Umno, pas dan atas pagar. Saya bukanlah pakar atau orang yang mempunyai kemahiran dalam ceramah, tazkirah atau kuliah. saya tidak pandai memberi kuliah seperti pengkuliah2 yang lain yang mampu menghiburkan dan mencuit hati pendengar.Hanya sekadar membaca kitab dan menghuraikan sedikit sebanyak kepada ahli jemaah dengan cara ala-ala pondok. Namun saya yakin bahawa saya mampu mencorakkan minda masyarakat melalui pendekatan yang saya gunakan ini melihat kepada kesannya..


10. Bagi saya, apabila ilmu agama yang lengkap dan menyeluruh dapat difahami oleh masyarakat islam, ia sedikit sebanyak akan mengubah cara berfikir dan seterusnya dapat membuat penilaian yang baik dalam menentukan parti mana yang ingin dipilih. tentunya mereka akan memilih parti islam jika mereka mempunyai asas agama walaupun tidak banyak.






Pengikut

Mengenai Saya

Foto saya
Dilahirkan di kg. Permatang Rambai, Pasir Puteh. Anak kedua daripada empat orang adik beradik. Kini bertugas sebagai imam tua di Masji Ubudiyyah Permatang Sungkai, pasir Puteh..