Khamis, 22 Disember 2011

Bersatulah walaupun berkhilaf

"Islam adalah penyelesaian". Itulah slogan yang dibawa oleh jamaah islamiah  Ikhwanul muslimin Mesir zaman berzaman. Memang tepat sekali slogan tersebut kerana iannya selari dengan tuntutan Allah dalam alQuran iaitu "kalau sekiranya kamu berselisih dalam suatu perkara maka kembalilah kepada Allah (al-Quran) dan Rasulnya (hadis) kalaulah kamu benar2 beriman kepada Allah dan hari akhirat" )Surah an-Nisa' ayat 59.

Di dalam islam semua perkara sama ada daripada sekecil-kecil perkara seperti masuk tandas sehinggalah  sebesar-besar perkara seperti memerintah negara, semua diajar. Sumbernya ialah al-Quran dan Hadis serta ulama-ulama muktabar yang mampu menerokai dengan halus dan teliti apa yang diperkatakan keduanya.

Dalam menangani perselihan umpamanya, islam telah meletakkan asas yang kukuh kepada kita sama ada perselisihan individu atau dalam jamaah. Asas yang dimaksudkan ialah kembali kepada Allah dan rasulnya seperti yang tersebut dalam ayat di atas.

Di antara saranan Allah yang patut kita terima khusus dalam menangani masalah ialah firman Allah " Bermesyuaratlah kamu dalam setiap perkara" (surah Ali Imran, ayat 159). Mesyuarat atau perbincangan secara beradab dengan tidak ada niat yang lain kecuali mencari ridha Allah s.w.t adalah platform terbaik untuk menyelesaikan kemelut yang melanda terutama dalam jamaah islam seperti PAS. 

Pas adalah wadah untuk memperjuangkan islam kerana ianya satu-satunya parti yang ada pada hari ini yang berkonsepkan islam sama ada dasarnya adalah dasar islam dan juga pelaksaannya masih lagi dianggap islamik. Adalah amat malang sekali bila sebuah parti harapan kita, harapan bangsa kita dan harapan agama dan tanahair kita ini mengalami perpecahan dalaman yang agak serius saat ini walhal hakikatnya ia adalah perkara yang remeh temeh dan tidak seharusnya berlaku. 

Ya, isu ini sangat remeh. Ia sepatutnya tak berlaku atau boleh reda dalam masa sehari sahaja namun telah berlarutan kepada minggu dan bulan. 

Pada pengamatan saya isu yang berlaku sebenarnya berkait rapat dengan fikrah pemimpin PAS itu sendiri. saya dapat rumuskan bahawa dalam PAS wujud dua aliran utama yang mana aliran ini muncul ketika awal penubuhan pakatan rakyat dahulu  iaitu Aliran yang bersetuju (digelar erdogan) dan tidak bersetuju dengan penubuhan pakatan rakyat. Yang setuju ada fahamannya yang tersendiri yang mana dapat disimpulkan bahawa mereka tidak rasa islam boleh tergugat melalui gabungan tersebut. bagi mereka walaupun bekerjasama dengan PKR yang liberal dan DAP yang tergolong di kalangan kafir harbi, namun mereka tetap yakin bahawa PAS tidak tergugat kerana mempunyai dasarnya tersendiri yang tak berubah dari dulu lagi yakni dasar islam, yang berubah hanyalah pendekatan yang digunakan supaya tidak nampak terlalu ekstrim di mata bukan islam. 

Manakala kelompok yang kedua pula tidak bersetuju dengan gabungan PKR-PAS-DAP kerana bagi mereka umat islam tidak boleh sama sekali berkompromi dengan kafir harbi, kalau kafir zimmi boleh dipertimbangkan. bagi saya pandangan ini juga ada kebenarannya. walaupun kita (PAS) ada dasar islam yang dipegang sejak dulu, kini dan selamanya, namun yang menjadi persoalannya adakah mereka (PKR dan DAP) boleh tmenerima dasar kita apabila kita berjaya memerintah kelak?. mampukah kita menukar perlembagaan yang sedia ada kepada perlembagan islam? mampukah kita melaksanakan hudud, qisas dan takzir sedangkan inilah yang kita perjuangkan sejak dulu? adakah PKR dan DAP boleh terima semua ini..bagi kelompok yang kedua ini mereka tidak yakin bahawa PAS akan dapat bebas mengamalkan islam dalam pemerintahannya selagi berkongsi kuasa dengan kafir harbi. Bagi mereka kalau tidak dapat melaksanakan dasar apa guna dapat memerintah. Sebab itulah mereka berusaha sedaya mungkin untuk menyatukan Umno dengan PAS walaupun agak sukar berdasarkan pengalaman yang lalu. namun mereka tetap berusaha dengan harapan dapat pertolongan daripada Allah. 

bagi saya kedua-dua pandangan di atas adalah baik belaka. namun bagi mereka yang menyebelahi kelompok pertama dan taksub kepadanya, akan wujud pertentangan yang hebat dengan kelompok yang satu lagi, dan begitulah sebaliknya.. 

berbeza pandangan adalah suatu perkara yang biasa. yang luar biasanya ialah apabila perbezaan tersebut tidak ditangani sehingga boleh mewujudkan perbalahan sesama sendiriyang akhirnya membawa kepada perpecahan. inilah perkara yang melemahkan jemaah islam sebenarnya. sepatutnya kita boleh bekerjasa dalam satu jamaah walaupun memiliki fikrah yang berlainan dengan menggunakan panduan islam yang kita anuti selama ini. bagi saya, mesyuarat adalah sangat diperlukan dalam situasi sebegini untuk meredakan sedikit ketegangan.

adalah sangat tidak islamik apa yang berlaku hari ini dalam jamaah kita. kutuk mengutuk sesama sendiri kerana masing-masing nak jadi juara, yang sama sekali tidak layak dianggap juara bagi orang yang cerdik. wahai Hasan Ali dan ustaz Nasha berhentilah keluarkan kenyataan terbuka demi islam, wahai Mustafa Ali janganlah jadi seperti budak tadika yang penuh emosi, wahai Nik Abduh dan Nasarudin KP janganlah mencemuh rakan dalam jamaah kita yang berbeza fikrah dengan anda..kalaulah masing-masing berhenti bercakap saya yakin masalah ini boleh diselesaikan hari pertama lagi......
sekian.

Isnin, 19 Disember 2011

Remaja, Porno, dan Seks bebas...teruknyee!!!

1. Petang tadi, selepas solat asar saya seperti biasa hidupkan enjin motosikal untuk pulang ke rumah. dalam perjalanan dari Masjid ke rumah saya di Permatang Gading saya tengok sekumpulan remaja sedang melepak-lepak di sebuah rumah tidak berpenghuni disebelah kiri jalan sebelum menempuhi jambatan kubur bukit Abal. Melihat mereka dalam keadaan mengilai berdekah-dekat sambil setiap mata melihat handphone salah seorang mereka saya secara selamba memberhentikan motosikal untuk menyapa mereka. mereka tak terkejut pun sebab ada di situ beberapa orang yang saya biasa bercakap dan bergurau dengannya.


2. Sampai dekat dengan mereka, saya bagi salam, dengan selamba mereka masukkan phone dalam kocek seluar sambil menjawab salam saya. saya duduk sekali berbual dengan mereka beberapa minit, alhamdulillah mereka melayan saya dengan baik, katanya saya ni tok imam sporting, boleh masuk dengan semua orang . Lantaklah dia nak kata apa pun, bagi saya yang pentingnya saya boleh merapatkan hubungan dengan mereka supaya mudah untuk mendekati mereka seterusnya menyampaikan dakwah. Saya sayangkan masa depan mereka yang entah apa akan jadi kalau saya tak ubah mereka dari sekarang.

3. Saya mintak phone tadi kononnya untuk melihat model apa  konon berminat untuk membeli model seumpama itu. mereka enggan bagi. saya pujuk beberapa kali akhirnya dia bersetuju untuk memberi saya tengok. selepas itu apa lagi saya tekan punya tekan akhirnya bertemulah dengan apa yang mereka ketawa sebentar  tadi. beratus-ratus video dan gambar lucah tersimpan di dalam memori handphone. Video seks dalam handphone bukanlah suatu perkara yang mengejutkan saya tetapi apa yang benar-benar mengejutkan saya terdapat  puluhan video aksi seks yang melibatkan remaja belasan tahun berbangsa melayu. ada yang memakai pakaian sekolah, ada yang beraksi di pusat peranginan, entah jeram mana pun tak tau dan macam2 lagi aksi yang menjijikkan yang saya lihat. tak sampai hati untuk saya melihat satu persatu..Ashtaghfirullahal Azim..


4.saya tanya mereka dari mana dapat semua ni. mereka dengan selamba jawab "apa yang peliknya ustaz, semua kawan-kawan saya tengok benda ni dan ada simpan benda ni", "betulkah semua kawan awak ada benda ni?" saya tanya sekali lagi untuk mendapatkan kepastian, mereka jawab "semua kawan-kawan saya ada simpan dan tengok benda ni, yang perempuan pun sama je ustaz". Dengan kesungguhan jawapannya  itu saya bertambah yakin bahawa  ianya suatu benda yang benar2 berlaku.


5. Daripada mereka juga saya diberitahu bahawa untuk mendapatkan "benda jijik" itu sangat mudah, boleh bluetooth dengan kawan2, atau boleh jugak beli di sesetengah kedai telefon/aksesori telepon/topup dengan harga serendah RM2 untuk beratus-ratus klip video. Masya Allah, begitu senangnya nak dapatkan bahan pornografi di bumi bertuah negara islam Malaysia.

6. Seterusnya saya juga buka inbox dan sent item mesej, saya dapati banyak mesej lucah, berunsur seks yang dihantar oleh/kepada pasangannya, mungkin teman wanitanya kot, itu saya tak pasti. Setelah pertanyaan demi pertanyaan saya ajukan kepada mereka akhirnya mereka membuka rahsia yang saya tak pernah tahu sebelum ini bahawa ada pelajar sekolahnya (nama sekolah tak nak sebut, sekitar pasir puteh ni jer) seawal tingkatan dua sudah mencuba aktiviti seks dengan teman/buah hati  masing-masing tetapi yang ramainya tingkatan empat dan lima...sekali lagi saya mengucap panjang mendengar penjelasan tersebut. Akhirnya,saya tinggalkan mereka dengan beberapa nasihat dan pesanan. Semoga mereka dapat menerima nasihat saya itu  walaupun tidak sepenuhnya...

7. Melihat kepada gejala sosial yang berlaku dewasa ini, saya telah menganggapnya sudah berada pada tahap yang kritikal. bagi saya semua pihak mesti berganding bahu mengambil peranan untuk membendung masalah ini daripada terus menjadi barah kepada generasi muda hari ini. Peranan utamanya adalah di pihak KERAJAAN/PEMERINYAH, sepatutnya kerajaan kena berusaha supaya hukum islam (hudud) dapat dilaksanakan dengan seberapa segera di samping memberi didikan agama yang secukupnya  merangkumi aspek Akidah, Ibadah, dan akhlak dengan mentransformasikan kurikulum yang sedia ada di sekolah-sekolah...itu lah harapan saya demi melihat anak bangsa kita beragama, bertamadun dan produktif..

sekian wassalam

Ahad, 18 Disember 2011

Politik - Masjid dan Pendekatan

1. Politik mengikut perspektif islam ialah suatu proses mengatur urusan kehidupan ummah berdasarkan hukum-hukum syarak.

2. Biasanya orang awam melihat politik dalam sudut kepartian semata-mata yang mengisyaratkan kepada perlawanan, pertentangan atau perbalahan antara dua atau lebih kelompok puak/parti.

3.  Pemahaman dangkal inilah yang menyebabkan apabila subjek politik diajar dimasjid ia akan ditentang habis-habisan oleh golongan yang antinya atau golongan yang berbeza aliran politik dengan orang yang mengajar tersebut.

4. Justeru, pentazkirah atau penceramah tersebut akan didakwa oleh segelintir masyarakat terutama orang yang berkepentingan sebagai orang yang "mempolitikkan masjid" atau "mempolitikkan agama" walhal ia bibahaskan dalam konteks islam tanpa menyebut Umno/ Pas atau sebagainya.

5. Berdasarkan pemerhatian, persoalan mempolitikkan masjid sebenarnya tidak wujud. kalau adapun ia hanyalah dalam jumlah yang sangat sedikit. Apa yang berlaku sebenarnya adalah dakwaan puak-puak sekular yang berniat untuk menghalang penceramah daripada memberi kefahaman politik islam yang sebenarnya kerana dikhuatiri akan menjejakan sokongan kepada mereka. lalu fahaman ini tanpa disedari telah menyusup masuk ke dalam benak orang2 kampung yang tidak mempunyai asas agama yang kukuh disebabkan oleh kekerapan disebut terutama oleh media-media arus perdana.

6. Dalam mendepani cabaran ini, si pendakwah seharusnya memiliki hikmah yang tinggi dalam menggunakan segala platform yang ada, terutama masjid untuk cuba mengeluarkan sedaya upaya umat yang masih berada dalam kegelapan (tanpa ilmu) ini kepada cahaya (ilmu dan petunjuk).

7. Antara bentuk hikmah yang dicadangkan (berdasarkan pengalaman saya) ialah apabila anda mengajar atau memberi kuliah di masjid-masjid atau di surau-surau, jangan terlalu keras terutama dalam mneyentuh persoalan politik atau mengislam politik, jangan sesekali menggunakan kata-kata yang kesat seperti penceramah-penceramah  politik, dan sokong setiap hujah yang anda ketengahkan dengan nas al-quran, hadis atau kata-kata ulama muktabar supaya tidak dilihat anda menggunakan akal atau pendapat anda dalam mempertahankan sesuatu..

8. Antara sebab mengapa jamaah lari dari masjid yang anda kuasai ialah kerana faktor di atas tadi. ini berdasarkan pengalaman saya. dulu (sekitar tahun 2006) saya aktif berpolitik dan saya gunakan masjid sebagai tempat untuk memperbaiki kefahaman politik tetapi dengan cara saya seolah-olah menjadikannya  sebagai pentas politik. maksudnya, saya membenarkan orang politik memberi ucapan dalam masjid termasuk wakil rakyat, penceramah agama yang memasuki pentas politik dan lain-lain yang sudah dicop atau dikenali umum sebagai orang politik. saya dapat merasakan ahli jemaah semakin berkurangan walaupun aktiviti masjid tidak putus-putus dilaksanakan.Bagi saya ia adalah satu kesilapan besar dalam kita mendidik masyarakat kerana ia disalahertikan.

9. kini setelah saya mengubah pendekatan dan banyak bersahabat dengan orang Umno(untuk tujuan dakwah) dan saya mengkritik Umno dengan cara yang lebih lunak tanpa menyebut atau mencerca individu, saya dapat rasa suatu perubahan besar berlaku. Kuliah-kuliah saya mula diterima oleh pelbagai lapisan, sama ada kanak-kanak, penyokong Umno, pas dan atas pagar. Saya bukanlah pakar atau orang yang mempunyai kemahiran dalam ceramah, tazkirah atau kuliah. saya tidak pandai memberi kuliah seperti pengkuliah2 yang lain yang mampu menghiburkan dan mencuit hati pendengar.Hanya sekadar membaca kitab dan menghuraikan sedikit sebanyak kepada ahli jemaah dengan cara ala-ala pondok. Namun saya yakin bahawa saya mampu mencorakkan minda masyarakat melalui pendekatan yang saya gunakan ini melihat kepada kesannya..


10. Bagi saya, apabila ilmu agama yang lengkap dan menyeluruh dapat difahami oleh masyarakat islam, ia sedikit sebanyak akan mengubah cara berfikir dan seterusnya dapat membuat penilaian yang baik dalam menentukan parti mana yang ingin dipilih. tentunya mereka akan memilih parti islam jika mereka mempunyai asas agama walaupun tidak banyak.






Pengikut

Mengenai Saya

Foto saya
Dilahirkan di kg. Permatang Rambai, Pasir Puteh. Anak kedua daripada empat orang adik beradik. Kini bertugas sebagai imam tua di Masji Ubudiyyah Permatang Sungkai, pasir Puteh..