Saat yang kita nanti-nati kan kini telah pun tiba. Sekarang kita sedang berada pada sepuluh akhir bulan ramadhan. Ada apa dengan sepuluh akhir ramadhan? Jawabnya, ada sesuatu yang besar menanti kita umat nabi Muhammad S.A.W. Iaitu malam lailatul qadar yang disebut oleh Allah S.W.T.“malam alqadar itu lebih baik daripada seribu bulan” seribu bulan mengikut perkiraan tahun ialah 83 tahun 4 bulan.Wah!!! Hebatnya malam qadar. Satu malam kita beramal lebih baik daripada kita beramal 83 tahun lebih.
Menyedari betapa besarnya kelebihan malam alqadar itu, Nabi S.A.W bersabda “carilah lailatul qadar itu pada sepuluh malam terakhir bulan ramadhan”. Ini bermakna lalitul qadar itu hanya terdapat pada malam 10 terakhir ramadhan sahaja.banyak lagi hadis lain yang menyokong hadis ini.
Namun begitu, terdapat banyak pandangan ulama tentang tarikh berlakunya malam alqadar. Setengah pendapat mengatakan ia berlaku pada malam yang ganjil kerana nabi pernah menyebut demikan. Setengah pendapat lagi mengatakan ianya berlaku hanya pada malam 27 ramadhan kerana nabi juga pernah mengatakan demikian ketika menjawab pertanyaan seorang sahabatnya.
Usahlah kita mencari-cari tarikh bila tibanya lalatul qadar kerana alangkah ruginya sekiranya tarikh yang disangkakan lailatulqadar itu tidak berlaku sebagaimana yang disangka. Apa yang penting, pada 10 terakhir ramadhan kita giatkan beribadat mengatasi malam-malam yang lain.
Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah R.A bahawa Rasulullah s.a.w. apabila tiba 10 hari terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan ahli keluarganya dan menjauhi isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan: " Rasulullah s.a.w. berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam yang lain. "
Pada malam tersebut juga kita digalakkan berdoa dengan doa yang diajarkan oleh Nabi S.A.W kepada Sayidatina Aishah R.A. Suatu hari Aisyah R.A. Bertanya kepada Rasulullah S.A.W., "wahai Rasulullah S.A.W. Andainya aku mendapati malam lailatul-qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah S.A.W. bersabda berdoa dengan doa:
اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني
Maksudnya:" Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah keampunan-Mu untukku"
Selamat beramal
Sekian.